Wednesday, July 20, 2011

Luahan dalam...

.


imej: somewhere in myspace.



Sayang,

Terasa seperti baru semalam aku hilang dalam senyum tawamu. Igau sari cintamu kekal segar, memahat ria dalam hatiku, sentiasa. Percayalah sayang, bukan mudah menahan derita rindu  cintamu walau pun sesaat kau hilang dari lirik mataku.

Gema rindu memuput cahaya cinta yang tak mungkin padam terhadapmu. Kaulah bidadari syurga jelmaan dunia kurniaan Tuhan untukku, menjadi penemanku, menjadi wajah ayu yang kutatap dikala aku rindu yang teramat.

Sayang,

Kuntum senyuman manismu mengirim gelora dalam hatiku membuka segala dunia, yang tanpanya, hidup aku kosong tak berseri.


Sayang, kau sentiasa dalam hatiku kerana disitulah tempatmu, tempat kita bersatu.




Salam sayang


Suamimu.








{selanjutnya ada di sini...}





(err... hari ni dah Khamis ke?)

.

14 comments:

rosdiana said...

rabu pun boleh (:

Aku said...

Ros,
Hari ni baru 20hb... hehehe

kucingorengemok said...

macam lirik lagu rock jiwang tahun 90-an, haha... maafkan aku, aku tengah mode dengar 'umpama mimpi dalam mimpi' 75 kali sampai muntah

tasekM said...

tak yah tunggu khamis...
petang ni pun bulih...

haha.


.

Aku said...

KOG,
tak perlu minta maaf kerana tak ada apa yang perlu dimaafkan apa-apa yang datang dari kamu... hehehe..

maaf, mood aku sekarang tengah biang... ayat2 macam tu je yg keluar.

Aku said...

TM,
err... macam ganas sangat pulak dah... hahaha

secangkir madu merah said...

wah ayat ayat jiwang yg buat hati kaum wanita boleh jadi cair bair...



tak kesahlah hari apa pun.. yg penting kerjasama...


.

Aku said...

SMM,
hahahaa.. bab tang kerjasama tu tak bleh nahan... hahahaa

buah kedondong said...

cepat-cepat sikit cuti...tak larat aku dengor biang ko nih sampai ke opis!!!
hohoho

Aku said...

BK,
biang aku menjadi-jadi nih... esok aku cuti.

ckLah said...

Nak kena cari berus sabut ni...buang biang tu...

Aku said...

cklah,
mana nak cari sabut kat S.Alam ni, cikgu..? hahaha...

AZANI said...

ala zam
tempurung pun boleh...:)

Aku said...

Azani,
nak gosok pakai tempurung abis calar la weh.. haha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com