Wednesday, July 13, 2011

Mukanya berubah kejap-kejap jadi babi, kejap-kejap jadi gampang...!

.


Jenuh Man Lilau ke hulu ke hilir, kalaulah sepatunya dibuat daripada batang Rumbia tentu dah banyak sagu yang melekat di atas simen konkrit itu.


Man Lilau geleng-gelengkan kepalanya sambil mulutnya bercakap sesuatu yang kurang jelas. Yang jelas hanya pada kuping telinganya sahaja, kepada Zack Jipang, kepada Tok Ketua, kepada Tok Imam, suara Man Lilau cuma kuat sedikit daripada berbisik di dalam kelambu.


Peluh mula mengalir, dia panas. Dia susun daun-daun Ketum yang dikepit di bawah ketiaknya menjadi kipas. Zack Jipang, Tok Ketua dan Tok Imam masih tertunggu-tunggu jawapan dari mulut Man Lilau. Tak keluar-keluar juga.



" beginilah, Man. Kalau susah sangat, biar orang lain yang buat..." Tok Ketua beri kata putus.



Man Lilau mula mengira-ngira jarinya, kejap diluruskan, kejap dibengkokkan. Kejap matanya pandang atas, kejap matanya pandang ke wajah Tok Imam. Bila Man Lilau alihkan pandangannya kepada Zack Jipang, cepat-cepat Zack Jipang buat muka gampang!



Mana ilham, mana ilham? Man Lilau mendambakan ilham sangat-sangat kali ini. Dia serba-salah, kalau dia terima tugas itu, dia akan dapat banyak duit. Bila dia dapat banyak duit, nanti dia jadi sombong. Bila dia dah sombong, hidungnya akan mancung, hidungnya akan tinggi. Bila hidungnya dah tinggi sangat, matanya tak dapat lihat tanah. Bila dia tak dapat lihat tanah, nanti kakinya asyik tersadung dan jatuh. Bila dia jatuh, hidungnya tentu tertonyoh batu dan jadi macam hidung babi tonyok. Bila hidungnya dah macam babi tonyok....


" Tok, saya tak nak jadi babi... Tok " kata Man Lilau.



Tok Ketua, Tok Imam dan Zack Jipang tersentak. Muka Zack Jipang yang tadi bermuka gampang tiba-tiba berubah jadi muka serius!


" Tok bagi je la kontrak BERSIH kolah surau tu kat sapa-sapa..."



Man Lilau pun berjalan keluar meninggalkan Tok Ketua, Tok Imam dan Zack Jipang yang dah berwajah serius. Tak lama, Zack Jipang pun buat muka babi tonyok lalu kenyit-kenyitkan matanya pada Tok Imam.










.

5 comments:

tasekM said...

Zack Jipang mmg jahanam!



.

ASH said...

Zack Jipang tu orang putih ke Jawa Jepun?

Aku said...

TM,
dia opportunist jer... heheehe jangan emo sangat...


Ashley,
Zack Jipang orang Melayu kita...

ibundo said...

Ooo.. Zack tu zakaria. Kalau zakaria tu aku kenallah..

Aku said...

Kakpah,
hah? sapa tu? aku pun tak kenal... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com