Monday, July 18, 2011

Nah..! Berlambak ko.....

.





Kadang-kadang bila bosan dengan nasi, aku 'pekena' char koew teow seperti di atas tu. Itu petang kelmarin.


Bukan kedai atau restoran tetapi mereka beroperasi secara van bergerak. Jangan buat lawak. Masa memasak, van tu taklah bergerak. Mereka menjalankan perniagaan di tempat-tempat parking lot. Yang di atas tu di Seks. 28, S.Alam.



Biasanya ada 3 ekor udang setiap hidangan tapi oleh kerana Ariff tak suka udang, dia umpukan kepada Mama. Itu pinggan Mama, bukan pinggan aku.


Bila aku tanya kenapa tak 'pass' sikit kepada aku, katanya:


" keutamaan kepada ibu adalah 3 kali, keempat baru bapa..."


" udang ada 3 ekor... Kalau ada 4 ekor, baru boleh kasi..."



Ye la, dia sayang Mama lebih.... huhuhu.








.

8 comments:

tasekM said...

beb.
ni n3 recycle ke...?
aku rasa mcm pernah baca je skrip ariff tu sblm nih...



.

NM02 said...

ala... cian dia...

Aku said...

TM,
tak recycle... baru. dia guna skrip sama gak. guna udang yang sama gak.



NM02,
huhuhu... dia tak cayang kat kite dah...

Water Lily said...

Sejak bila jadi blog makan-makan nih..takpe.. makan-makan pun ok,dari akak yg kering idea..dah seminggu tak ber'update'

Aku musykil camner tasik bulih update hari2..

hani@debumelukut said...

hahahahaaaa..kalau bergerak masa masak tu, letih la kejar nak makan nanti..adoii,sakit urat perut ketawa.mmg lucu lah joke 'aku' hari ni..

ASH said...

Aku pun rasa macam ULANG SUARA!

Aku said...

Waterlily,
aku geram tgk udang tu.... hahaha



Hani,
mana la tau ada yang komen pasal tu lak, aku cakap siang-siang la.. hahaha


Ashley,
ulang suara tapi lain suasana... hehehe

rosdiana said...

kegemaran aku tu.
tapi sekarang dah takot nak makan.
kolestrol jahat.
ko pun jahat.. tayang menda tu di saat aku berbuka puasa hanya dgn mengunyah apple hijau.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com