Thursday, July 14, 2011

OMG! Temptation of Toyol Moden

.


Seminggu dua ini, kalau ada sesiapa yang perasan, aku tak mengekalkan momentum 2 entri 1 hari. Semuanya gara-gara belajar ini:







Dan hari ini ada exam untuk pensijilan. Aku rasa masalah aku bukan nak faham konsep yang diajarkan tapi lebih kepada bahasa english yang sangat-sangat British.


Aku pun naik goyah. Setiap kali nak ulangkaji, ada satu perasaan yang menolak untuk tak nak baca. Puas aku lawan tapi semakin kuat ia menolak, macam nak menghalalkan JWW Birch beraja di Pasir Salak pula.


Parah! Jadi, malam tadi aku tutup buku agak awal dan merangka strategi. Toyol-toyol ni bukan darah daging aku, aku tak main toyol masa exam. Apa kata aku dapatkan simpati? Jadi aku bayangkan dialog di bawah ini:


"... it's my sister, she called me just now.."

" what happened to her ? "

" ... she fell...."

" owh! I am sorry "

"... fell asleep "

" owh... that's ok.....  hahaha"


" ... in a car..."

" owh.. SHIT! "

" ... at the back seat..."

" hahaha.... that's alright, don't worry"

" with a stranger..."

" OMG!  OMG !..."



Dan

Pagi tadi, segalanya berjalan lancar. Jadi aku tak perlu gunakan taktik meraih simpati macam sesetengah peraih undi pilihanraya tu.


Selepas exam, aku terus dapat keputusan tak rasmi darinya:






Syukur kerana aku masih tak perlu bekerjasama dengan toyol moden...





.

12 comments:

tasekM said...

cepatnya dapat keputusan.
soalan objektifkah..?



.

kucingorengemok said...

toyol moden adalah amende?

Aku said...

TM,
soklan objektif, lempar dadu pun boleh jawab... tapi betul ke salah, tak taulah lagi...



KOG,
segala yang boleh diguna untuk seludup maklumat atau nota secara elektronik... hehehe

sumpah, KOG. aku tak buat... percayalah.

baincardin said...

tahniah! anda tak buat...^_^

Aku said...

baincardin,

terima kasih, aku kekal asli... hahaha

tasekM said...

sila siatat kenapa 7 soalan tu salah...




.

tasekM said...

siatat?

kakaka...

siasat!!!!






heh.





.

Aku said...

TM,
maleh la.. passing marks dia cuma 35 jer... kat sijil bukan nak tulis berapa score. dia tulis pass atau fail jer...

hahaha.....

ibundo said...

jampi serapah pun takder?

Aku said...

Kakpah,
jampi serapah tak ada.
doa penerang hati jer...

Hasri bin Hasfa said...

sijil tuh boleh buh nama org lain tak! ko mintak 2, satu buh nama aku... he3

Aku said...

Sepa,
ko nak sijil terbang ke?

mana laku weh.. hahahaa

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com