Wednesday, July 6, 2011

PEMANDU... TERAJU... pembentangan kali yang ke berapa ntah...

.

Semalam, aku berkomuter dari S.Alam ke KL Convention Center untuk acara di atas. Seingat aku, sepatutya komuter mesti lalu setiap 15-20 minit tapi pagi semalam aku terpaksa tunggu sehingga lebih setengah jam. Kenapa tak berkereta? Satu, aku tak hafal jalan untuk ke sana. Dua, aku tak nak terkandas kalau-kalau ada road-block akibat BERSIH.


Aku malas nak cerita apa yang berlaku di depan , di tepi, di bawah mata sepanjang perjalanan ke Kl Sentral. Semua dah sedia maklum.


Sesampai ke sana, sang Idris Jala sedang memberi taklimat dah masuk ke sub-tajuk nombor 2. Tak apa. Aku sempat lagi. Yang penting, aku dapat data dan maklumat yang diberikan percuma. Aku cuba pergi ke kaunter khas untuk analyst untuk dapatkan laporan khas untuk analyst tapi awek tu tak nak kasi.






Dan makan tengahari disediakan untuk semua penumpang yang sudi... aku sentiasa sudi!







Untuk entah berapa ribu orang ... fuhh! Kalau ada sesiapa yang nak bersanding, tinggal sediakan sepasang kerusi dan sepasang kipas. Makanan dan tetamu dah ada.







Berapa tambang yang pemandu ini kenakan untuk setiap penumpang agak-agaknya?

Tak apalah, kenderaan ini kenderaan yang istimewa. pemandu yang bayar dulu, penumpang bayar kemudian melalui potongan cukai berjadual....









.

2 comments:

tasekM said...

satu dua minggu nih sibuk eh...?



.

Aku said...

TM,
yup... aku pun tak tau apa yg aku cari dalam hidup sebenornya kalau dah macam ni punya sibuk...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com