Monday, July 18, 2011

Satu pespektif asing...

.





Aku dongak.

Umpama kubur batu yang bertingkat-tingkat, yang  nesannya beratus-ratus banyaknya: satu untuk aku, satu untuk kamu, satu untuk dia, satu untuk mereka, satu.... dan yang terakhir satu untuk semua.


Bercahaya  tetapi di atas sana sedangkan kubur aku paling bawah: gelap, lembab, berbau... amat sesuai untuk membiak lipas, lipan dan katak puru. Biarlah aku merendah diri.


Dan cacing tanah pasti berpesta dengan segala pizza, kfc, mcd... dalam bentuk lemak dan daging. Lebih lemak daripada daging.


Mana yang montok, yang pejal, yang licin, yang mungil, yang tembam, yang berketak-ketak, yang berkepak, yang besar,  yang ummmph! (gunakan imaginasi seterusnya)... berubah lembik dan pecah-pecah, membusuk dan menjadi air hitam yang pekat menyentak sensor hidung.






Dari perspektif lain.

Itu macam lubang peluru berpandu pun ada...







.

10 comments:

SHIMI said...

bro, perspektif aku melihat seperti kunci ke alam yang lain

tasekM said...

kenapa aku nampak mcm labu sayong..?



.

Aku said...

Shimi,
ada gaya nye gak tu.... alam mati pun alam lain gak kan? hehehe


TM,
Mana datang labu tu?
ish.... pelik2 je ko ni... hahaha

ASH said...

aku nampak cam skirt kembang!!!
hehhehehe
.
.
.
skirt kembang orang TURKI yang dikatakan dok berzikir tuuuu..
.
.
.
pe hal kan?
hahaha

Aku said...

Ashley,
lagi la.... jauh imaginasi tu... hahaah

rosdiana said...

tinggi imajinasi kau bang!

Aku said...

Ros,
tinggi lagi... err... takde mendelah.. hahaha

hairul392 said...

Gambar kat mana ni..

Aku said...

Dak Ai,
gambar kat rumah ko...

Hasri bin Hasfa said...

aku tgk benda itam tuh berayun2 cam pendulum. atau aku yg pening...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com