Thursday, July 21, 2011

Spongebob Square-Pie................ I like !

.


Kata orang, bertanam pinang biarlah rapat-rapat agar senang puyuh sembunyi. Siapa kata sukar nak dapat ? Dipopok-popok Mama pun kasi.... heh. Kisah awalannya di sini...


Masalahnya, tak ada bekas yang sesuai dengan saiz adunan. Kalau guna acuan kek, besar sangat. Tak cukup doh nak tutup. Acuan muffin pula kecil sangat. Kena banyak kali buat. Leceh pula.



Kata orang, belum mendapat gading bertuah, tanduk boleh diguna lagi. Gunakanlah apa yang ada saja. Maka, yang ada hanyalah acuan empat segi.



The Square Apple-Pie


Yang buat penutup tu adalah aku. Tebal-tebal baru ngam, nak ptotong guna gergaji. Dan yang cocok-cocok guna garfu pun aku gak. Dah cocok baru timbul idea, kenapalah aku tak buat corak 'Awan Larat' ?






Kata orang, orang memberi kita terima. Yang memberi berpahala, yang menerima merasa.


Oh ya, buatan sendiri dah sah versi yang tak ada babi... heh.










.

16 comments:

kucingorengemok said...

hancur pie mama ko kerjakan main cocok² gitu

Aku said...

KOG,
abis tu, bukan boleh potong dan makan macam pizza pun... cocok-cocok sesuka hati je la.. intinya sedap walau masam sebab guna epal hijau. Pesal tak bleh guna epal merah, washington epal ke...? ke boleh?

NM02 said...

mana bahagian utk saya?

Aku said...

NM02,
ada separuh lagi letak dalam oven... kalau nak, meh ke sini...

kucingorengemok said...

epal merah rangup dan lambat empuk kot isinya, aku agak la... yang hijau lembut sikit

Aku said...

KOG,
ye ke..? patutlah tak pernah nampak pulak orang guna epal merah. Satu hari nanti aku nak cuba la...

tasekM said...

bg la tgk gambar bahagian pai yg dibelah...


.

Aku said...

TM,
tak sharp... nanti aku cuba...

tasekM said...

nk gak yg sharp.


ok.
hari ni aku banyak songeh.

hehe.


.

AZANI said...

zam,
aku nak tahu rahsia,,,aku minta juga.pie tak dapat yang dapat apam balik dgn karipap kentang dan telor...tak ...ini serious bukan lencong lencong...

AZANI said...

jangan ajar tas

rosdiana said...

gebunya pie mama..
patutla kemain banyak kesan cucukan gerfu ko bang!

ganas.

Fadhilah Maarif said...

nampak sedap!

Aku said...

TM,
dah tak ada... dah kena 'ngap'...

sok sok buat lain la....



Azani,
rahsianya lebih kepada tanam pinang rapat-rapat, macam yg aku tulis tu la... dapatla apple pie. kalau nak pie daging kena cara lain la kut... hahaha



Ros,
tu la pasal, gebu sesangat. Mau nye tak, dekat setan butter diguna... nak cocok-cocok jer...

ganas.. ganas.. Grrrrrrrrrr...



FadhilahM,
bukan nampak jer, rasanya pun sodap.. sebab boleh adjust rasa ikut citarasa sendiri... nak masin, nak manis, nak lemak, nak lebih gebu...

ASH said...

Aku rasa kalau boh epal merah nanti berair laa...yang hijau kurang air..lagipun bila bubuh gula dan serbuk kulit kayu manis baru ngam ngan epal hijau yang lebih masam tu...
.
.
.
.
next time hias le bunga ros ke, bintang kecik ke kat atas tu sikit...baru le cantik..

Aku said...

Ashley,
tak leh makan bunga ros... banyak duri ... hahaha

ya, aku umpama monyet tak kenal erti Ros

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com