Friday, July 1, 2011

Update tentang burung-burung comel yang terbang di DEMC...

.


Semalam ada cerita tentang Makmal Diagnostik di DEMC, juga tentang burung-burung comel yang Ariff kempunan nak goreng dan ratah.


Demi memahat kepastian dalam hati sanubari kami, Ariff pun dibawa ke makmal untuk ujian darah. Dalam rengekkan manja dia itulah tiba-tiba dia boleh melihat burung Gembala Kerbau itu terlalu comel dan pantas digoreng dan diratah..!!? hish!...


Di dalam makmal itu, Ariff dipersilakan duduk. Dia diminta hulurkan tangan kanannya.

Pembantu makmal itu pun cucuk lengan kanannya. Dia godek-godek jarum tapi setiap kali dia sedut tak ada darah yang keluar. Beberapa minit mencuba tetap tak ada darah yang keluar...


Ariff dan mula menyeringai kepedihan.


Pembantu makmal itu pun beralih ke lengan kiri Ariff pula. Dia cucuk dan dia godek-godek. Pada mulanya tak ada hasil juga. Akhirnya, memancut darah tu keluar.



" Ooo... darah dia berkumpul di sebelah kiri badan rupa-rupanya. Malam tadi tidur mengiring sebelah kiri kut... "


Spontan.










.

3 comments:

tasekM said...

urat pesen tenggelam ke dalam tu agaknya. mmg susah sikit...



.

secangkir madu merah said...

kesian ariff, semoga tidak ada apa2 yg serius..




.

Aku said...

TM,
budak-budak... gebu jer memanjang...



SMM,
kesian dia kak, keluar je dua-dua belah tangan dia bengkak.. kat pelipat siku lak tu... isk isk

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com