Saturday, July 30, 2011

What does it take to become a great man ?.... everything!

.

Telinga aku dah naik mual, nak muntah, macam makan Oat kembang dengan kuah kari.


Menjadi seorang yang hebat sangatlah dijaja-jaja... dari kata-kata motivasi sampailah ke arena politik yang bluekks..! Itu belum lagi geng-geng ' I follow ' yang mencuba bermacam-macam untuk menjadi 'hebat' (yang entah aku tak faham macam mana...).


Terlalu banyak pengorbanan perlu dilakukan hanya untuk menjadi seorang yang hebat. Banyak sangat stress, banyak sangat nyawa melayang, banyak sangat duit habis, banyak sangat masa yang terbuang, banyak sangat usia yang hilang... semata-mata mahu menjadi orang yang hebat. Cubalah baca sejarah mereka-mereka yang hebat.


Kalaulah hebat pun, setakat manalah yang hebatnya tu. Digunakan untuk motivasi, semua orang digalakkan menjadi hebat... kalau dah semua menjadi hebat, bukankah tanda aras hebat akan dinaikkan? dan bila nak naik, semua yang hebat-hebat akan menjadi biasa-biasa saja.


Manakala orang yang tak mahu menjadi hebat akan ketinggalan... dan akan dilihat sebagai golongan sekunder atau tertier. Yang lebih menyedihkan, golongan yang tertinggal ini, sebenarnya hanyalah menjalani kehudupan yang tenang dan biasa-biasa sahaja, dikategorikan sebagai tak berguna.


Sejarah ada. Fanatik K. Marx telah mengutip, kenal pasti dan akhirnya tembak-bunuh orang-orang yang dikatakan ' less perfect' demi mahu menjadikan bangsa Rusia sebagai bangsa terhebat di dunia. Bukan seorang dua... tapi berJUTA-JUTA yang ditembak mati!


Kita telah ada orang yang hebat... cukuplah. Lebih baik jalani kehidupan yang biasa-biasa. Semuanya biasa-biasa. Tak perlu stress, tak perlu risau, tak perlu rasa tersisih, tak perlu rasa diri ini hina sangat. Tiada jurang.


Jalanilah hidup yang indah ini dengan segala apa yang ada dan yang biasa-biasa. Lagi pun, hidup ini bukanlah lama sangat pun jika dibandingkan dengan usia alam ini. Cukuplah dengan kata-kata motivasi, janganlah nak kejar sangat.







(entri ini diklasifikasikan sebagai anti-hero, anti-klimaks, anti-pembangunan... mungkin juga sebagai reverse psychology. Pilihlah mana yang berkenan, jangan stress-stress ).




.

17 comments:

Water Lily said...

Akak, ntah le. agaknya apa yg apa dibuat hari ni barangkali untuk pengiktirafan menjadi orang hebat @ mahu melunasi tanggongjawab yang diberi.

Hanya diri yang boleh menjawab.

Bagaimana pun entri buat akak berfikir semula. tak nak stress2 dah.

:D

Hasri bin Hasfa said...

dino,

ko ingat lagi tak marini pernah kata;
great minds think alike.

(masa kat teluk batik...)

.

Aku said...

Waterlily,
jangan stress- stress nak jadi hebat. tak ada gunanya. kalau sakit, tak ada orang peduli pun kak...



Sepa,
aku pernah dengar dia kata tapi tak pasti kat mana. kalau ko kata kat teluk batik, mungkin juga la... bila tu? 1996 kan? dah lama dia dapat kesimpulan tu ek...

AZANI said...

kau memang biasa tapi luar,,,luarbiasa zam....

hebat,,,ku dh angkat skala...

AZANI said...

aku setuju dgn sanisah,,,gifted..

Aku said...

Azani,
sanisah ada cakap ek?

tak yah dengar motivasi atau saranan orang sangat... buat stress jer.. hahaha

kucingorengemok said...

ko kalau dah boleh makan oat dgn kuah kari aku consider hebat la. Ps. Baru teringat lom reply pasal racun!

ibundo said...

jadi yang biasa-biasa pun tak kurang hebatnya. Mungkin pengertian hebat itu tidak sama bagi semua orang...

selamat menyambut ramadhan untuk ekau sekeluarga. Jangan ponteng tarawikh.

Aku said...

KOG,
Oat kembang is a nightmare..! hahaha

Cepat kasi alamat...



Kakpah,
hebat dikurniakan oleh orang yg rasa kurang hebat kak...

terawikh?.. ok.. ok... hehehe

tasekM said...

ishhh...
cemana bulih tak perasan n3 ko nih.
jd pengomen ke-10 adalah sgt tak hero eh...? :p
n3 sepa perasan lak.
sbb ada gambor.

aku bila masuk hujung julai ni mula semak kepala.
heh.



.

Aku said...

TM,
blogspot ada masalah kot...

aku buh entri baru tapi dia tak update pun dalam bloglist.

aku set schedule entri tapi tak kuar gak. alih-alih dia tulis 'draft' jer...

AZANI said...

zam
apapun nama....ygpaling sesuai maaaaantooooppppssss.

kau tengok sendirilah...

kalau ikut sekala tempurung ...aku bagi 3 tandan...

AZANI said...

nak tengok sebelum puasa...ramadhan nanti...kenyang telan lior....

Aku said...

Azani,
aku tak berani... dia ada laki weh.... jangan lupa tu.

tasekM said...

apa yg mantop tu azani...?
biasa tu...


:p




.

Aku said...

TM,
tu la... aku dah cakap. takpe la.. aku taknak campur hal korang berdua...

hahaha

AZANI said...

zam
aku tekad hanya ke sana atas urusan bisnez..baulu...lain dari itu aku anggap acessories...kalau layan kehendak hati mau minggu depan pun tak habis habis,,,aku ingat tu ingat sangat ...pasal tu paksa diri beredar walau bontot dah melekat kat kerusi...

sanisah
ko bukan gemuk lah...kau...LPS PUASA NANTI INGATKAN AKU...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com