Tuesday, August 16, 2011

Aku dah mula gelarnya 'round-about' maut..!

.


Minggu lepas, aku ada cerita pasal kenari panjat divider.

Entah kenapa, pagi semalam ada pulak van yang bercumbu dengan pokok.




Nampak van tu tak...?



Aku dah mula syak yang bukan-bukan di round-about itu. Sebenarnya, sebelum ini ada benteng simen yang agak tinggi di sepanjang perimeter bulatan.


Oleh kerana asyik kena gesel dek tayar lori yang radius puisingannya tak berapa cantik, benteng simen itu selalu terpokah.


Maka, pihak berwajib pun menukarkan benteng simen kepada simen bercerun macam 'ramp' atau tanjakan. Akibatnya, tayar akan naik ke atas dan bukan terhadang. Yang baiknya, simen itu tak terpokah lagi walau lori 18 tayar gesel.


Satu lagi, jalan-jalan yang menuju ke 'round-about' itu sedang dibesarkan dan dielokkan.


Kalaulah memandu dalam keadaan bermata kuyu, memanglah tak sedar. Tau-tau dah berdengkur di dalam sarang burung di atas pokok itu. Siap mengigau lagi...









.

15 comments:

Cikgooden said...

dua hari lepas aku sendiri nyaris terbabas...ngantuk posa ...

AZANI said...

mmmmm evik knievel berlatih kot...

wos said...

van tu gagal mengawal nafsu.
dgn pokok pun nak bercumbu..

tasekM said...

jgn ko pulak yg bercumbu sudah la eh.
kang ada pulak yg amik gambor.
bubuh kt blog dia...

hiks.



.

Aku said...

Cikgooden,
aku pun.. tapi bukan nak terbabas. kereta aku nyaris tak bergerak kat atas jalan... lentuk punya pasal.


Azani,
takkan nak berlatih pusing2 situ je kut... hahaha



ROs,
jauh imajinasi kamu tu.... errr... macam biasa je bercumbu dgn pokok.? heh..



TM,
semoga diselisihkan semua tu... malas lah nak cumbu2 nih.... hahaha

♥ manje ♥ said...

bahaya nih.... kot tak berhati mau depan tak pon belakang kereta kemek... ngeri... ~

Hasri bin Hasfa said...

kepada drunken master, jalan tuh nampak lurus jeh.
nak kena buh sign; no-entry 4 drunken master.

hah ha ha

Aku said...

Manje,
tu la... sebab kat koner macam tu bukan senang nak nampak... senang berlaku secondary accident...



Sepa,
Kalau mata dah sepet, letak gajah depan mata pun tak nampak tapi kuman seberang laut nampak.. haih..

buah kedondong said...

apsal ko nak lentuk2 kat situ?

^_~

Aku said...

BK,
jalan jem... ngantuk la weh..

buah kedondong said...

bukan sebab ada awek kat sebelah pastu ko amik kesempatan lentuk2?

jeb said...

gua syak burung tu ada ilmu penarik

Aku said...

jeb,
gua pulak syak burung tu burung hantu la... hahaha

NM02 said...

kamu harus lebih berhati2 bila melalui round about maut itu

Aku said...

BK,
kalau ada awek kat sebelah, aku tak lentuk... aku baring atas riba terus... dengkur. hahaha... jap, ko jeles aku boleh lentuk2 ek?



NM02,
hati-hati itu mesti. cuba manusia ni cuai... hehehe

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com