Tuesday, August 16, 2011

... apabila darjah kecondongan sang mentari jatuh dalam julat bukan pelangi indah lagi

.


Kalau semalam renjis gerimis dapat mententeramkan panas petang, hari ini resah gelisah sulbi kembali menjadi-jadi. Pijar fajarnya adalah photon-photon yang sekejap berwajah partikel yang bermisai tebal dan ganas, dan sekejap berwajah gelombang yang lembut dan beralun. Tak kisahlah tubuh aku atau tubuh mereka, jalar panasnya mengalir di setiap genap urat nadi.


" tiada apa yang kuminta, dalam dunia yang banyak peminta..." entah kata siapa...



Aku tak punyai mala fide. Aku cuma mahu duduk di bawah pokok jambu batu sambil menikmati keindahan warna pelangi.


Tengah hari ini, tadi untuk lebih tepat, kereta aku bertukar menjadi oven yang amat sesuai untuk membuat kek dan bahulu ikan emas. Kalau letak telur ayam kampung sesangkak, aku rasa aku boleh dapat sedozen anak ayam keesokkan harinya.


Dan apabila darjah kecondongan sang mentari jatuh dalam julat bukan pelangi indah lagi, mata akan menjadi sepet. Bila mata menjadi sepet, payah nak lihat jalan raya dengan jelas ketika memandu. Bila jalan raya tak menjadi jelas seperti jelasnya warna-warna pelangi indah, kekaburan pun selubungi kepala.


Dan bila kepala di selubungi kekaburan, hawa sejuk yang terpancut boleh diibaratkan seperti glasier Kutub Timur yang mencair dan mengalir menjadi mata air yang setitis-setitis masuk ke dalam mulut... nikmatnya...


* honk.. honk... preeeettttttttttttttttttttt! *





Mujur. Kalau tidak, aku telah menjadi salah satu data yang terawal dalam statistik Ops Raya musim 2011.







.

12 comments:

tasekM said...

ish ish ish...
hati2 la wey...



.

Nizam.Ariff said...

TM,
krohh.. kroohhh... krooohh...
sedapnya kalau dapat tido nih... hahahaa

tasekM said...

pi la tidor.
ngatuk2 tu sila jauhi kereta.



.

Nizam.Ariff said...

TM,
masalahnya, bila keluar dari kereta mata jadi segar bugar...

aku syak ini ada kaitan dengan cahaya terang, aircond sejuk dan bingit deru enjin kereta... fatigue.

jeb said...

kalau bukak balik buku sejarah dunia automotif, dulu-dulu kereta dicipta untuk menggantikan bilik tidur.

gua syak kereta sekarang masih terikut-ikut dengan adat resam kereta dulu-dulu

Anonymous said...

cari lah 'port' tido yg sesuai... tido la walaupon sekejap utk menjamin keselamatan hari esok :) ~

Nizam.Ariff said...

jeb,
har har har.... pasling best kalau ada orang yang drive, kita duk kerusi belakang....perrghh...



Manje,
tadi memang 'port' sekejap kat bawah pokok, tapi bila dah baek punya port, tak pulak ngantuk. saja ngengada nagntuk nih...

sepa said...

kita ada istilah untuk perasaan cam tuh : "nak kereta baru".

Nizam.Ariff said...

Sepa,
.. wuihh.. dah nak raya nih... mau karang beraya naik beskal...

ibundo said...

harini memang panas. kering tekak aku. Aku bayangkan orang kat mekah nun mengerjakan umrah sambil berpuasa dalam suhu oven. Aku bayangkan peluh aku bercucuran sampai ke tumit dan menjejes-jejes tertinggal di belakang tapak. Tekak kering kontang bak padang pasir yang berasap kepanasan.

aza ni said...

matahari duha tadi begitu garang..sampai sepet mata

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
orang kata kurma ranum bila cuaca panas menggigit, betul ke..?



Azani,
Aku pun perasan. Lebih-lebih lagi jalan raya itu lurus menuju arah Timur...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com