Tuesday, August 2, 2011

Brader Beriyani... ramadhan pertama aku

.



Hari pertama Ramadhan, aku dah merayau ke bazaar. Niat asal cuma nak jalan-jalan sambil tengok - tengok apa juadah yang ada yang boleh menggoda nafsu yang sedang dikekang iman.

Tiba-tiba, aku terlihat brader ni.



Set beriyani baru RM6 sahaja..! Nasi banyak...tak kedekut




Dia yang mula-mula angkat tangan menyapa aku dari jauh. Brader ni jual nasi beriyani. Panjang kisahnya tetapi aku tulis juga tapi... aku ringkaskan.


Brader ni mula-mula berniaga di bazaar ramadhan 3 musim yang lepas. Maknanya, sejak 3 ramadhan yang lepas. Masa tu dia baru berjinak-jinak dengan berniaga nasi beriyani. Masa itu juga, aku adalah pelanggan yang terawal. Oleh kerana dia baru mencuba dan bila aku tengok kuahnya macam ok, aku beli 3 bungkus. Aku kata, aku nak cuba. Kalau tak sedap aku tak beli dah, itu kata-kata aku.


Bila berbuka, aku dapati nasi beriyani dia memang kaw. Terasa segala rempah ratus, terasa peppermint dalam nasinya. Kuahnya pula ala-ala beriyani gam. Dia buat tak banyak, satu periuk sahaja.


Esoknya, aku cari dia lagi. Aku kata beriyani dia memang sedap. Maka kami pun bersembang.


Dia adalah pegawai bank. Dia masak ikut resepi keluarganya. Dan dia bercuti sebulan untuk berniaga. Aku pun bagi kata2 semangat kepadanya. Aku kata beriyaninya agak unik dan dia patut kembangkan perniagaannya. Dia masih kurang yakin.


Selang beberapa hari aku datang lagi. Kali ini, beriyaninya hampir habis walhal baru pukul 6pm. Aku dah kata, kataku kepadanya. Aku suruh dia cuba dapatkan stall di mana-mana pasaraya.


Setahun lepas itu, aku jumpa dia lagi. Ramadhan juga. Sekali tu, aku cuma dapat kerak sahaja dan lauk pun cuma tinggal sisa-sisa. Aku cakap aku tak kira, aku nak juga. Maka dia berikan aku seplastik kerak nasi beriyani dan semua lauk-lauk yang ada... percuma. Dia kata, dia ikut cakap aku dan selepas Ramadhan, dia akan cuba cari stall di pasaraya. Aku kata, syabbas!


Dan tadi, aku jumpa dia lagi... dan seperti biasa, kalau lambat pasti tinggal tulang.







.

17 comments:

tasekM said...

sedapnya beriyani.

aku berbuka tembikai.
timun bubuh sos.
kurma 2 biji.
teh o kosong.

itu je..



.

kucingorengemok said...

bukan tahun lepas ada kejadian sakit perut beli makanan bazar ke? hehe.

membohong la tas buka tembikai ngan timun je :p

tasekM said...

meow...
aku seriyes.

tapi.
masalah dia.
pukul 5 pagi badan aku dh menggeletar.

heh.



.

kucingorengemok said...

aku nak kata 'gatal, padan muka!' tapi boleh ke bulan² puasa ni kata gitu? heh >;)

tasekM said...

meow,
tu la tu...

ko kena bg semangat kt aku meow.
sasaran aku to loss 4kgs.
lepas tu tak nk diet seriyes2 sgt dah..



.

tasekM said...

errr.. yg kita berborak kat rumah org ni apa masaklah kita ni meow...?

haha.



.

wos said...

aku kalau carik lauk kat pasar ramadhan pun mesti carik kat yg jual sikit-sikit, periuk kecik-kecik. sbb yg jual melaut-laut banyaknya tu..
err.. diragui la..

berapa hari punya lauk dia panaskan tu?

kucingorengemok said...

tas,
kot ye pun nak -4kg, jangan le makan buah je, ngeri aku dengar! oat! oat! oat!

borak kat rumah orang la best :) mana tah tuan rumah, pintu pagor terdedah, dianya takde

tasekM said...

meow,
dia pi berak la tu.
haha.

oat...?
alahai... tak sesuai la dgn tekak aku ni meow.
aku rela makan timun.
haha.



.

Chik Att said...

sedappnya beriyani ...

Aku said...

TM,
Ko bab-bab mentimun ni memang suka ek? Time puasa pun boleh hadap buah tu je...



KOG,
Itu tahun lepas.. berak2. Kali ni dah kenal siapa tuan punya gerai.



TM & KOG,
Aku pernah dengar yg badan kita ni boleh 'belajar'. Bila kita tahan makan, sehari dua metabolisme akan macam biasa... badan kurus. Tapi bila dah 2-3 hari, badan akan 'belajar' bahawa badan tak cukup makanan, metabolisme akan turun sebab nak conserve tenaga.

Dengan kata lain, kalau TM nak berbuka makan timun tiap2 hari pun badan tetap macam tu...hahaha


Dan makan oat yang berlendir memang tak bleh masuk! Aku setuju dgn TM la KOG... hahaha



Wos,
Aku pun syak yang macam tu gak. Aku lebih rela cari lauk dalam periuk kecik jer... aku dah tak sanggup cirit time pose nih... macam nak putus urat perut weh...



Chik Att,
Memang sedap... tapi tak bleh makan hari2... kolesterol kena tengok2 gak...

AZANI said...

tembikai, betik, kelapa,nangka antara jus yg enak...

Aku said...

Azani,
aku paling minat jus lobak merah yang besar-besar.... tapi aku bukan gay....


hahahaa

ereen said...

uik.... tang mana kedai brader tu..
rase nak serbu lah...
mane tau kan ada datang angin malas nak buat juadah berbuka...
brader tu niaga kat bazar mana ha....

cer kabo cer kabo...

Aku said...

Ereen..!!!
Mana ko nak datang nyer nih...?
DIa meniaga kat S.Alam sini..
Nak tapaw untuk ko pun, mesti basi punya sampai kat sana ... hahaha

tasekM said...

teh.
mamat ni dok s alam.
kg je kat c balai tu..



.

Aku said...

TM,
Ghulam Rasul pun ok apa?
Reen... cuba ko ambik gambo Ghulam Rasul punya juadah, mesti nampak bestgak tu....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com