Wednesday, August 3, 2011

Cuaca panas-panas macam sekarang ni.....

.
[kisah sebiji telur ada di MM ini]





Teringat aku.


Masa kecik-kecik dulu, bulan puasa begini, kalau tak bersekolah aku akan habiskan masa di dalam kebun pisang.


Orang kata daun pisang yang hijau-hijau si pucuk pisang itu amat menyamankan udara yang panas. Seingat aku, masa dulu tak lah panas menyengat macam sekarang ini, tapi masih panas.


Dan bila lihat pokok kelapa gading melentuk liuk ditolak angin sambil tandan-tandannya memegang kokoh buah-buah kelapa muda dari luruh, daun-daun kelapa itu pula melambai-lambai, memanggil supaya mendekatinya.


Kemudian akan terbayanglah kelazatan air kelapa muda yang dicampurkan sedikit air gula direbus dengan daun pandan dan beberapa ketul ais. Aroma pandan dan air kelapa muda memang ngam!


Sekarang ini, air kelapa pandan dah berlambak. Siapa lah punya kerja pergi kacukan pokok kelapa dengan pokok pandan ni?


Dah tak ada kerja lain agaknya, asyik nak paksa-paksa kahwin...








.

12 comments:

hani@debumelukut said...

eh bukan paksa lah, dia org suka rela nak tu...

tasekM said...

betul la kata kak hani tu..
deme suka sama suka.
tetiba je pokok pandan tu dh ada atas pokok kelapa.
eh?

:p





.

Fadhilah Maarif said...

air kelapa kalau buat 'serbat', meleleh air liur...gulp!

kucingorengemok said...

air kelapa aku boleh kalahkan, tapi dengan air jagung aku yang selalu kalah dulu

gadisBunga said...

pokok sama pokok boleh la dipaksa kawen. hahaha!!!

Aku said...

Hani,
ye ke? macam tak ikhlas jer dia org kawen... hahaha


TM,
errr... camner bulih jadi gitu? Pandan pandai manjat ikut belakang... eh?
hahahaha


FadhilahM,
Serbat tu bukan coconut shake ke?
ish.. banyak benda aku tak pernah cuba ni...


KOG,
Ko kalah dgn jagung tu maknanya ko tak bleh tolak air jagung ek? Ok la.. aku nak belanja ko minum air jagung sambil makan jagung bakar... meh turun S.Alam.



GB,
Tak beretika paksa-paksa kawen taw.. kesian. Pandan suka kat pokok kunyit... eh?


hahaha..

Water Lily said...

Elok le, sorang cite tembikai, sorang cite air kelapa.

Bagiuh sungguh adik2 aku haha!

secangkir madu merah said...

pokok itu dikahwinkan dgn rela, agaknya pokok2 tu suka dipaksa..

Hasri bin Hasfa said...

like Water Lily

AZANI said...

kelapa....itu buat penawar,
tembikai buat hiasan meja pengantin...

AZANI said...

hasri
kita pun like lily...
tahun ni aku nakrasa raya kat mastan ghani.....

lama tak lalu jendrata....

Aku said...

Waterlily,
penangan puasa agaknya... hahaha.


SMM,
Tasek kata pandan tu yang rogol pokok kelapa... cer baca komen dia kat atas tu...


Sepa,
ko semua ko like... hahaha



Azani,
betul tu... kelapa penawar bisa. Tembikai pelega haus...

Bro, mastan ghani pun tau beraya gak ... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com