Saturday, August 20, 2011

Kisah gegar pengarang jantung....

.



Nafsu aku melonjak gila lagi!


Kali ini nafsu aku ada berteman. Temannya memakai sepit rambut bermotifkan kupu-kupu malam, yang apabila disuluh cahaya neon, memancarkan warna hijau terang dan biru gemilang. Cantik.


Sedang aku asyik mengukur panjang aspal yang hitam malam tadi, sekejap tadi, aku dikejutkan dengan bunyi desir (hissing sound) yang pada mulanya perlahan di belakang tetapi makin lama makin kuat menghampiri. Ah! Aku benci sungguh bunyi desir itu.


Seorang Satria berwarna putih tulang anjing melewati aku. Ketika bersaing, bunyi desirnya amat membingitkan dan ia terus memotong aku dengan laju. Lowong asapnya sungguh besar, yang kalau tak terlalu sadis, kepala kucing boleh muat di dalam lubangnya. Bunyi macam guruh keluar dari lowongan, hasil hentakan beberapa ekor kuasa kuda yang dijanakan dengan bantuan kekipas turbo.


( kereta biasa: angin disedut ke kebuk pembakaran akibat vacuum yang dihasilkan melalui gerakan omboh. Kereta berkuasa turbo: angin dimampatkan oleh kipas turbo dan angin yang bertekanan tinggi itu didesak masuk secara paksa ke dalam kebuk pembakaran, manakala lebihan angin yang bertekanan tinggi dikeluarkan melalui injap... dan menghasilkan bunyi desir yang kuat).


Akibat kuasa yang berlebihan jika dibandingkan dengan susuk tubuh Satria itu, tujahan dari kuasa mentah (raw power) akan mengakibatkan kawalan pemanduan agak sukar. Kalau tak biasa boleh terbabas! Juga, kuasa membrek perlu ditingkatkan sejajar dengan kuasa yang ada, kalau tidak memang asyik kesasar.


Pernah aku lihat seekor Kancil dipasangkan dengan injap jantung kuda yang besar tetapi ladam yang kecil menyebabkan ketika berhenti di lampu isyarat, si Kancil itu masih bergerak kehadapan walau brek telah ditekan. Bodoh.


Setiap yang memecut perlu digandingkan dengan membrek yang baik. Tak guna kereta yang hanya tahu memecut tapi kurang arif untuk berhenti.


Kalau ada duit untuk beli set turbo, perlu juga ada duit lebih untuk membeli sistem brek yang baik. Juga tayar yang mencengkam erat. Kalau tak, terbabas dan terlanjurlah jawabnya. Bila dah terlanjur dan menjadi besar membusung, tong sampah dan tangga masjid jugalah destinasi pilihan... eh? Err..... apa-apalah.









.

10 comments:

tasekM said...

pehal asik cerita nafsu je nih...?


:p


.

Aku said...

TM,
puasa adalah melawan nafsu...
sebulan bercerita pasal nafsu... hahaha

Hasri bin Hasfa said...

turbo charger ka. injap besar ka. wa masih boleh terima lagi. tp tang spoiler berlebih2, rupe tiang gol. jd overrated.!

Hasri bin Hasfa said...

mem,
ok ape nafsu boleh tepisah dengan aku dlm criter.

dino,
cuba ko bagi nafsu main-karektor pulak. nafsu dan aku. aku jadi temannya.
dalam novel "the book thief", malaikat maut main-karektor yang dok ikut hero.

tasekM said...

aku suka la cadangan sepa tu.
cer ko buat sikit...

sepa,
spoiler yang berlebih2an tu aku tuduh: digunakan utk sidai spender.
aku tak gemor gak tgk...

aku teringat benda nih.
dulu.
ex-staff aku.
ntah apa yg dibuatnya ke kereta dia.
potong spring ke hape nk bg kereta tu rendah gila.
sekali.
sampai kat bonggol jalan.
kereta tu sangkut.
dah jadi jongkang-jongket.
satu kerja pulak semua org dlm kereta kena keluar turun kereta.
baru kereta tu lepas.

haha.




.

wos said...

aku pun benci dengar kereta yg bunyi macam motobot. terutamanya kancil! (viva tak penah nampak pulak)

bingit!

Aku said...

Sepa,
nak jadikan nafsu karektor utama? maknanya nafsu aku jadi leading hero.... entah kemanalah cerita aku nanti... hahaha



TM,
Ko dapat bayangkan tak kalau nafsu aku yang lead jalan cerita? agaknya mau cerita desah-endesah je jadinyer... hahaha


Spoiler tinggi tu adalah setinggi ego mereka....



Ros,
Aku memang nyampah! kalau dah kecik, buat cara kecik la... kalau nak besar, beli la yg besar betul tak? Subaru ka, Evo 10 ka...

kucingorengemok said...

kesian anak kucing kalau termasuk dalam ekzos dia kan

AZANI said...

aku pernah bongkarzaman mse dulu... turbocharger sulzer rtd...

Aku said...

KOG,
aku tak pernah dengar ada kes pulak, tapi memang anak kucing boleh tidur dlam tu...





Azani,
turbo-turbo ni tak jantan la... tak main la tongkah ali, pasak bumi, tunjuk langit segala... erkk? eh, apa apa lah.... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com