Thursday, August 4, 2011

Mercun dan zaman peralihan

.
{ Kisah kelibat putih di bulan Ramadhan kini ada di MM...}




imej: topnews



Bulan puasa dan hari raya tanpa bunyi dum-dum-pom-powww! seumpama hari yang semangatnya hilang. Umpama nak bersin sangat-sangat tapi tak jadi... memang potong s**m.


Mercun, meriam dan bulan puasa dah sebati dalam tubuh budak-budak zaman dahulu (yakni 'remaja' zaman sekarang). Untuk membuang sebatian tahap koloid itu memerlukan satu generasi yang 'bebas mercun dan meriam'.


Mungkin selepas itu kalau ada orang main mercun, budak-budak akan rasa pelik dan akan chop mereka yang main mercun dan meriam sebagai 'extremist fundamentalist Muslim'. Manakala mak dan bapak budak yang bermain mercun dan meriam tu dikatakan 'anti amerika dan anti yahudi'.



Kalau nak lihat mercun pun tunggulah kalau ada perasmian besar-besaran tahap nasional. Atau tunggulah pesta Floria. Mereka-mereka yang dibenarkan bermain cuma yang ada lesen bahanapi dan letupan.


Jadi, golongan peralihan macam aku ni, ketiadaan bunyi letupan mercun dan meriam menjadikan hari-hari yang mendatang ini suram dan sunyi...







.

9 comments:

tasekM said...

balik kampung sok jom kita main mercun nak...?

agak2.
kalau aku letup dr kg banjar bulih sampai tak chenderong balai..?

hiks.


.

jeb said...

scene main mercun ni sebenarnya tak true.stail poser.

jenis mengikut.macam budak-budak hiphop yang terkinja-kinja tepi jalan tapi sikit habuk knowledge pun takde.

yang betul-betul true sebenarnya main meriam buluh. ada berani?

kucingorengemok said...

yang ada lesen ok, sama la macam judi juga, hehe

Temuk said...

Entah mengapa tiap tahun ada saja berita orang kita cedera terkena mercun. Tak ada pula berita tentang orang lain. Mungkin, kita kena berjaga-jaga dan bersederhana. Ada orang seronok lihat & dengar letupan mercun dan ledakan meriam (termasuk meriam batang kelapa spt yg orang di Bg Datoh buat dulu-dulu), tapi tak berani nak main!

Nizam.Ariff said...

TM,
Aku dah tak main letup-letup mercun la... paling tidak pun meriam batang pinang hahaha..

kalau ko ikat mercun roket thunder clap kembar 5, mungkin sampai la ke chenderong balai... eleh, setakat kg. banjar tu, aku campak karbaid seketul dah gegar satu kampung... hahahaa



Jeb,
Woitt... masa sekolah rendah dulu meriam buluh tu gua buat bantal tidur gua je beb... geng gua layan meriam batang kelapa dulu. Sekarang tukang korek empulur kelapa dah nak mampos masing-masing... hahahaa



KOG,
mercun juga memperjudikan nyawa... kalau salah letup, pecah muka...


Abang Temuk,
kenangan bermain meriam batang kelapa memang best. Bila meletup tu, semua pelita kami padam sebab 'kena sedut'... pergh...

Sekarang ni mana nak cari batang kelapa... banyak batang sawit jer. Jenuh la nak korek.

ibundo said...

Dulu kalau ke kl musim raya atau tahun baru cina, bergantungan mercun di pangsapuri2. Dari tingat atas menjurai ke tingkat bawah. Bila di bakar, bunyi dan asap tak boleh ceritalah hebatnya. Kalau berlaku orang bertembak2 pistol dengan senapang pun memang tak boleh nak bezakan bunyinya.

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
sekarang ni pun ada lagi.... tapi kat kuil dia org je... kat kawasan kampung. kat pekan, dia org pasang tape rekoder je kut... hahahaa

sindiketsulit said...

aku tak suka bunyi letupan.
aku pencinta keamanan.

*amacam? rasa nak lempang laju2 tak?

Nizam.Ariff said...

Ros,
entah naper, aku rasa macam nak sumbat mulut tu dgn meriam buluh la... hahahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com