Friday, August 19, 2011

Penat tangan menggentel malam tadi...

.


Memang penat. Lenguh sampai ke daerah pangkal lengan. Mana tak nyer, nak uli kena guna tangan. Nak gentel kena guna tangan. Mesin uli diletak kat tepi je.








'Suci Dalam Debu'. Jangan ditanya kenapa namanya begitu. Dah itu nama yang tercatat pada resepinya. Dia ni pakai sedikit minyak sapi. Debu itu pula ialah susu tepung.


Aku tak nampak pun sucinya tang mana. Adunan dicampur sedikit coklat serbuk, dah tentu warnanya bukan 'sesuci' namanya. Aku rasa nama yang sesuai ialah " Suci Dalam Lumpur ".


Dan menggentel satu-satu sebesar guli hingga menjadi bulat adalah sesuatu yang memenatkan dan melenguhkan dari pangkal lengan sampailah ke pangkal pinggang.


Disebabkan itulah juga, saiz 'guli' yang digentel dengan jari-jemari tu tak sama besar. Ada kecil, ada besar ibu jari. Aku rasa elok jugalah macam itu sebab mulut orang pun bukan sama besar. Kalau boleh nganga luas, bagilah guli yang besar.


Dah tu pulak, 'guli' tu pun bukannya betul-betul bulat. Bersegi-segi sebenarnya, siap ada cap jari lagi. Sebabnya? Aku mahu yang 'peroi' jadi tepung itu disangan lama sikit. Akibatnya, nak gentel dengan cara gesel-gesel antara dua tapak tangan tak menjadi. Asyik hancur. Jadi, kenalah gentel cara penyet-penyet guna jari-jemari aku yang berinai dan mulus ini...



Tapi rasanya memang sedap.... nikmatnya..... perrghhhh..... donia!







.

11 comments:

kucingorengemok said...

lenguh sampai ke pinggang? ni gentel ke gelek?

tasekM said...

alaaa... baru gentel sikit dah lenguh...
saja la...

asal aku nampak macam besar bola golf..?




.

Aku said...

KOG,
mula-mula gentel...

bila dah lenguh jari, gelek je la pakai punggung. bukan orang tau pun.. hahaha



TM,
aku tak biasa la... takut inai aku rosak...

memang besar pun. Nak cepat habis.. hahahaa

gadisBunga said...

gelek pakai punggung ye...mesti rasa dia lebih lemak berkrim. hahaha!!!

Aku said...

GB,
hahahaaa..... ko jahat! imajinasi jauh sangat tu...

Hasri bin Hasfa said...

rupe ferrero rocher...! ko bungkus sebijik2 la pulak. passion-nya bukan hanya pada rasa, tapi jugak pada rupahasil...


tm,
ye la, aku nampak beso semacam jeh.


.

Aku said...

Sepa,
weh.... betul gak tu.. macam ferreri rochi la...

Fadhilah Maarif said...

kalau mcm gini punya besar, kena makan pelan-pelan..kalau tak, nanti tercekik!..hehe..

Aku said...

FadhilahM,
Takpe... cepat kenyang.. hahaha

wos said...

kalau letak nama "gentelan suci" lagi sesuai kot?

Aku said...

Ros,
eh...ok gak tu... macam mana ko boleh terfikir ek?

Ooo.. ko berjaya menghayati cerita yang tersirat ek.... wiiii.. nakal taw!

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com