Monday, August 8, 2011

Setiap kita adalah berguna...

.



Aku sering juga menerima keluhan dari kawan-kawan tentang kawan-kawan lain. Ye lah, perangai manusia bukan semuanya sama. Malah, Tuhan ciptakan kepelbagaian di dunia ini untuk memeriahkan suasana selain daripada menunjukkan keagonganNya.



Bagi aku, setiap benda ada kelebihan dan ada kekurangannya. Itu termasuk manusia. Oleh kerana itu kita harus saling lengkap-melengkapi. Tiada yang sempurna, ada saja yang tak kena pada mata kita.



Jadi, ia memang menjadi rutin aku melihat potensi seseorang (baca: kelebihan dan keburukkan) dan menggunakan apa yang ada (baca: eksploit) untuk saling melengkapi.


Contohnya, kalau seseorang itu dibenci kerana  'banyak mulut', aku katakan kepada yang orang benci itu supaya berikan orang yang 'banyak mulut' itu kerja mass-comm, kerja untuk mewar-warkan berita sebab dia memang begitu. Kalau dia suka bercerita yang buruk-buruk pun masih ada gunanya. Hantar saja dia ke 'kubu musuh' dengan harga yang ciput pun tak apa.



Jadi bagi aku, setiap benda ada gunanya. Setiap manusia yang tuhan jadikan ada gunanya...


" Habis tu bang, agaknya dia tu macam mana pulak..? "


" Oo... dia? Mungkin tuhan jadikan dia untuk tak berguna.... "




Err... agak-agak dia faham ke tak ni?


Jangan dia pergi sembelih orang tu sudahlah. Lagi pun, nasihat yang bagi semuanya percuma.









.

4 comments:

NM02 said...

adakala mulut mcm puaka tapi ada kelebihan cara lain plak

ada kala senyap mcm baik, tapi ada kala nmpk mcm ada yg tak kena

eh, mcm2 lah

buah kedondong said...

err...mulut aku plak?

tasekM said...

aku.
kgd2.
ada rasa gak mcm aku ni tak berguna.
heh.


.

Aku said...

NM02,
itu namanya bio-diversity... hahaha



BK,
mulut ko mulut orang berpuasa la... apa lagi.. hahaha


TM,
(aku nak sambung ke tak? aku nak sambung ke tak?.... hish.. hahaha)

err... hmm... aku pun kadang2 macma tu gak... sekarang ni la contohnya.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com