Saturday, September 10, 2011

Bang, minta sambal hijau sikit....?

.





Kalau kami ke situ, ikan panggang gemuk dengan telur itu dah macam satu kemestian. Pencuci mulut yang mesti ada. Cuma, pencuci mulut itu jenis kesukaan jin air yang selalu rosakkan lukah orang kampung.


Makan-makan di restoran itu kalau tak ada sambal hijau memang tak lengkap. Walau hidung dan mata akan berair tapi sambal hijau itu mesti ada.


" bang, kasi sikit sambal hijau.... boleh? "

lalu aku gaul-gaulkan sambal hijau itu dengan kicap di dalam piring kecil.






Sambal hijau = wasabi.




.

6 comments:

ckLah said...

Wasabe....yang pedas-pedas pelik dan berangin itulah kegemaran anak-anak ckLah, sedangkan ibu mereka....


Bagi duit pun tak sanggup nak mencicip. Sakit terus hidung.

hani@debumelukut said...

pernah dgr sambal hitam? sedap tau, org pahang mesti tau.

Aku said...

Cklah,
lebih elok kalau dimana dikala hidung tersumbat, pasti lapang ... hahaha

Aku said...

Hani,
sambal hitam yg guna belimbing buluh tu kan? pernah rasa sebab adik ipar orang pahang...

sepa said...

tajuk tuh...!
patutnya;
'cik adik, minta......?

mun aka munawar alwi pernah kata - kalau nak pilih tempat makan, waitress mesti awek cun... he3.

Aku said...

Sepa,
dia tu.... balak cun pun standard dia.. hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com