Tuesday, September 13, 2011

Demi Masa.....

.







Aku dah penat melapah masa.

Kulitnya semakin nipis dan mudah terkoyak. Kulitnya semakin kering, badannya semakin enteng. Semakin kurus. Pisau belati tembagasari tempawan dunia moden terlalu tajam untuknya. Hirisan belati itu sering menembusi kulitnya.


Memang payah nak kawal olengan tari tangan semasa melapah masa. Maklumlah, dah lama melapah sambil berdiri, sayugia tangan lenguh amat. Tak mengapa, lapahan perlu diteruskan kerana masa itu tak pernah jemu-jemu datang menyerahkan dirinya untuk dilapah.


Kadang-kadang aku ada terfikir, kalaulah aku biarkan masa itu hidup dan berlari pergi, aku tak perlu berdiri lagi. Aku tak perlu melomoti tangan aku dengan darah hanyir.


Tetapi, itu juga bermakna aku perlu berdiam diri. Diam yang sediam-diamnya. Diam tanpa suara. Diam tanpa gerak dada. Diam tanpa ada ombak di dada. Diam dengan mata terpejam.

Diam dalam erti kata membiarkan diri mereput seiring dengan masa.

Diam dalam erti kata aku mati.






.

2 comments:

cheqna said...

yang pasti mati itu pasti

Nizam.Ariff said...

Cheqna,
mati itu mesti...
kalau tak ditanggalkan ruyungnya, mana nak keluar sagunya, ye tak?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com