Wednesday, September 28, 2011

Kisah 3 ekor babi dalam badan manusia...

.


Selepas Maghrib tadi ada kelapangan. Ada pula penceramah jemputan yang datang. Tajuknya pun memang kena dengan aku " Mencari Ketenangan Hati ".


Secara ringkasnya, dia kata, mengikut Ibnu Qayyim, ketenangan itu boleh dicapai jika melakukan 3 perkara: (1) Bersyukur akan nikmat yang diberi (2) Bersabar akan dugaan (3) Beristigfar akan dosa-dosa walau pun kecil.

Nak dipecahkan memang panjang. Bila bercakap tentang nikmat, definisi nikmat itu sendiri sudah dalam. Nikmat yang utama ialah nikmat Islam (baca ayat terakhir Al Quran yang diturunkan), lalu bagaimana mensyukuri nikmat Islam itu? Panjang berjela...


Tapi, yang aku nak utarakan disini ialah semasa sessi soal jawab. Ada satu mamat bertanyakan tentang biskut, yang dikilangkan di Johor, yang dikatakan dicampurkan dengan benda haram.



Ustaz tu kata, masalah halal haram ni memang satu hal yang merunsingkan. Dia bagi perumpamaan seperti racun. Katakan si A sengaja meminum racun lalu mati. Katakan pula si B secara tak sengaja meminum racun lalu mati juga.

Si A adalah berdosa kerana sengaja, manakala si B tidak berdosa kerana tak sengaja. Namun akibat racun itu tetap sama iaitu kedua-duanya MATI. Tak kisah sama ada berdosa atau tak.


Begitu juga halnya makanan halal dan haram ini. Tak kisah sama ada sengaja atau tak tahu. Yang pasti, akibatnya tetap sama. Katanya, akibat makanan haram ini ialah memakan spiritual... rohani. Akibatnya... pemarah, degil, busuk hati, dengki.. dsb.


Sebenarnya, aku nak ceritakan yang ini:

Sebagai menjawab soalan mamat yang bertanya itu tadi, ustaz ini pun mengaku dia tak berapa pasti tentang isu tergempar itu sebab pengilang itu memang terkenal. Kalaulah benar, dia memang dalam kesusahan sebab dia telah makan makanan itu sejak kecil lagi.


dan kalaulah dibelah badannya dan dikumpul-kumpul semua benda haram itu, mungkin boleh dapat 3 ekor babi! katanya....



HAHAHAHAA.... aku ketawa kuat dalam surau itu... lantak la.... siapa suruh dia buat lawak!






.

16 comments:

ckLah said...

Hahaha...ustaz lawak!

tasekM said...

waaaa... dh pi suro.
bagus2.
tak jadi la nk menampor.

:p



.

secangkir madu merah said...

hahahhahhaha aku pon ketawa tapi ketawa sorang sorang je...

tasekM said...

lupa lak nk tanya.
makanan apakah itu eh...?
kot2 aku kalau kumpul mau dapat sekandang babinya.



.

Aku said...

cklah,
kalau serius sangat takut jemaah bosan kut... hahaha


TM,
weh.. orang pegi la... tapi takkan nak citer.



SMM,
orang lain ketawa tahan-tahan tapi aku lepas je... hahaha


TM,
tak bleh cakap takut kena saman sebab ustaz tu cakap bila dia check nama yang bawak berita tu, namanya macam tak wujud kat agensi tu.. jadi, dia tak dapat nak sahkan cerita tu...

jeb said...

ustaz ni boleh masuk raja lawak

sepa said...

hahaha...

ustaz pun buat lawak ye...

Aku said...

jeb,
aku ketawa sebab ukuran saiz badan dia ni pun ada saiz-siaz menatang tu gak.... hahaha




Sepa,
spontan.. dia respon secara spontan.. bukan dalam skrip sebab itu sessi soal jawab. dan soalan pun memang menyimpang jauh dari topik bicara. Jadi aku anggap itu semua spontan....

NM02 said...

lepas ketawa kuat tu

ada rasa malu tak tetiba

hehehehe

Aku said...

NM02,
terasa gak malu.. tapi semua tu kawan2 jer...

lantak je la... hahahaa

ASH said...

errr..awat aku tak rasa lawak?
.
.
?????

Aku said...

Ashley,
sebab akak tak nampak gaya dan intonasi yang dia buat...

gadisBunga said...

ahahahaa!!!! 3 ekor tu tak macam banyak sangat ke ustaz? isk! hahahaa!!!

Aku said...

GB,
kalau ikut saiz dia, ngam-ngam jer tu... hehehe

kucingorengemok said...

ikut kata jakim je la, kalau jakim kata halal insyaallah halal jangan banyak soal lagi

aku selalu lalu tepi kilang tu, tak pernah nampak babi tapi, hehe (sorry tak berapa lawak)

Aku said...

KOG,
tu la... bende ni tak dapat kepastian lagi. selagi tak pasti, percaya kat jakim je la...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com