Friday, September 2, 2011

Masjid Kampung vs Masjid Kota

.


Aku terkocoh-kocoh turun dari motorsikal yang aku parkirkan di celah-celah deretan kereta. Imam dah mulakan khutbah pertama. Kalau di kota, masjid boleh sahut bersahut dari kubahnya tetapi di kampung, nak cari masjid pun boleh tersesat jika bukan orang tempatan. Klu yang biasa aku guna, ikut orang yang berkain pelikat dan berketayap, ke mana arah tujunya.


Deretan kereta tak melambangkan masjid itu telah penuh. Aku hairan, kereta banyak tetapi ke mana orang-orang itu?


Bila aku telek, aku dapati banyak kereta yang enjinnya masih hidup. Masing-masing ada dalam kereta lagi.


Mungkin kerana hawa di dalam kereta itu lebih dingin daripada angin di dalam masjid yang hanya di sepoi-sepoikan oleh kipas berbilah 3.


Mungkin juga mereka lebih suka mendengar khutbah dari masjid negara di dalam kereta kerana khutbah di masjid kampung tidak menggambarkan isu semasa.


Mungkin juga kerana mereka berpendapat sembahyang Jumaat hanya 2 rakaat dan bukan 2 rakaat + 2 khutbah.


Entahlah yang mana satu sebab aku tak sempat nak tanya setiap mereka.



Seperti datang tadi, aku pun terkocoh-kocoh mendatangi motorsikal aku dari sebelah kirinya sebabnya gerimis di terik mentari biasanya mengundang sakit kepala. Aku rasa aku dari golongan terawal keluar dari masjid.


Tapi bila aku berhenti untuk melintas jalan raya, aku dapati berderetan kereta dipandu laju-laju oleh mereka-mereka yang berbin dan berbinti dalam kad pengenalan. Malah ada yang berberbaju melayu dan mungkin juga bersampin lengkap. Ada juga yang berkopiah putih.


Mungkin mereka itu orang luar yang berhari raya dan bermusafir di kampung ini. Mungkin.






.

4 comments:

ckLah said...

Sadis...
Pada musim raya, tekanan air sangat rendah. Alasan itu menyebabkan ada anak menantu yang pulang dari kota/luar menjadikan kolah masjid tempat mandi manda dan berehat keluarganya yang tak betah berhimpit-himpit dengan ipar duai di rumah mertua.

Aku said...

cklah,
memang sadis...
aku hanya mampu bersinis...

sepa said...

ko masih d melaka...

Aku said...

Sepa,
tak... aku dah kat S.Alam...
masa tu aku kat Perak...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com