Wednesday, September 7, 2011

Meratah daging peha dan dada yang pejal...

.

White Breast Waterhen, imej: google ntah kat mana...




Hari raya ke-2 sampai ke-5 aku di Perak, ambil alih rumah abang aku. Dia pulang beraya di negeri di balik banjaran Titiwangsa. Jadi, rumah dia kini syurgaku. Sambil-sambil itu temankan Emak yang uzur.


Petang-petang banyak burung ruak-ruak bersahut-sahutan di sawah dan di dusun. Serta-merta air liur aku berkecah. Aku masih teringatkan 'kemanisan' dan 'kelazatan' sewaktu meratah daging montok burung ruak-ruak itu. Walau pun tak semontok mana kerana burung liar seperti itu banyak berjalan dari terbang, daging dada dan pehanya memang pejal dan lazat.


Kebetulan abang aku (yang lain) juga balik menjengah Emak, aku terus ajukan keresahan aku tentang sahutan burung ruak-ruak itu. Aku kata, mahu tak tidur malam kempunan daging burung ruak-ruak kalau tak dapat.



Petang Jumaat lepas, aku lihat banyak pasangan ruak-ruak yang berlari dan terbang melintas batas sawah. Aku geram. Aku pusing keliling rumah abang aku, aku intai segala ceruk almari dan goboknya. Aku cari senapang angin (pump-gun) buatan sendiri yang menggunakan besi galas sebagai pelurunya. Tak jumpa. Abang aku (yang lain itu) pun sama mencari. Kalau jumpa, kami nak berburu malam itu juga.


Dalam pada adegan selak-menyelak gobok itu, aku terlihat jerat burung jenis 'rawai'. Kami pun pasangkan di sepanjang batas sawah. Oleh kerana hari dah senja, aku takut malam nanti biawak atau memerang yang terjerat. Kalau mereka berdua yang terjerat, memang jahanamlah jerat 'rawai' itu. Aku tak kisahkan memerang atau biawak yang mampos. Aku kisahkan jerat abang aku itu yang rosak.


Sampai ke maghrib, abang aku (yang lain itu) masih ada di luar rumah. Bila aku panggil dia masuk, dia kata ada banyak burung dah mula 'parking' tidur di dalam rumpun buluh. Sayangnya senapang tak ada.


Sebelum itu, aku ada SMS abang aku (tuan rumah) yang berada di negeri di balik banjaran Titiwangsa. Dia kata, senapang itu ada di bawah almari tapi pelurunya tak ada.


Nasib kamu memang baik wahai ruak-ruak. Tapi mungkin tidak untuk lain kali.


Peha dan dada kamu yang pejal-montok itu akan aku ratah...







.

19 comments:

kucingorengemok said...

bagi nama le abang kome tu. contohnya abang 1-abang 2, atau abang H-abang S... kesian asik yang lagi satu-yang lagi satu, kih kih kih

Aku said...

KOG,
eh.. abang H, abang S..?
ye ke..?

oh yea...satu lagi, nama aku Aeron. panggil aku Aeron. ka ka ka

tasekM said...

ejaan nk artis je eh..?

tak de.
tak de.

eja Eron sudah!

:p



.

Aku said...

TM,
tak bleh...
sama ada airon atau aeron. aku pilih Aeron.... glam sikit hahaha

AZANI said...

airod pun glam gak...ha ha

zam
balik hari tu ok, jem ke tak?

AZANI said...

tas , kau kat mlaka ke perak lagi?

Aku said...

Azani,
tak jem pun.... sedaaapppp ja...

sepa said...

salam aeron

sepa said...

ni je besarnya yg ko nak makan.? buat cungkil gigi je.! makan le sekor angsa, baru puas bang...!

tasekM said...

eh beb.
perasan tak.
aku dan kog tak dapat dikesan oleh ko punya recent visitors.
kitorg ada pakai pendinding tau dak...?

haha.

azani,
kat melaka la.
pesal?
nk belanja aku kenny rogers?




.

Aku said...

Sepa,
ini Aeron menulis...
sekalli berburu bukan sekor dua, tapi berekor-ekor banyaknya... cukuplah sekali suap seekor... hahaha


TM,
Korang tak follow aku ek? tu sebab la kut... huhuhuhu, cepatlah follow Aeron N.

tasekM said...

pesal lak tak folo.
folo la.

Aeron N?

sudah tukar ka..?

:p




.

Aku said...

TM,
Aeronn... double 'n'... macam ninni farinna.. glam hape..

eh, ada kuar nama tu kat mana-mana ke? aku tak ada FB pun atau Twitter...

NM02 said...

balik kg hari tu, pakcik kite tembak tupai.. power betol dia... tabik springggg.. sekali tembak terus mengena

Aku said...

NM02,
tapi dia tak semelih tupai tu kan?
hahaha....

tasekM said...

ntah.
tak tau la plak aku.

ko kena tanya kog.

dia csi.

haha.



.

Aku said...

TM,
KOG sibuk tu.. kat bawah meja tengah mengemas fail... ataukah dia tengah buat CSI..??? kakakka

kucingorengemok said...

oi! ngumpat!

Aku said...

KOG,
Eh, ada pun ko ek..?
Hahahaa....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com