Tuesday, September 27, 2011

Merungkai sebuah rangkulan erat...

.


Dia seorang yang kacak, petah berbicara, yang apabila mengalunkan bacaan ayat-ayat Suci itu, sungguh merdu dan semerbak wangi suaranya. Dia pandai membuatkan aku tersenyum, ketawa dan kadang kala hati aku gentar. Aku menangis?... ahhh tidak sekali-kali. Itu sungguh bukan aku.


Namun pada petang itu, dia mendepakan tangan-tangannya sambil melemparkan senyuman yang segak. Aku, yang anti-sosial ini dan sudah tentu mempunyai ruang-diri yang tebal, tidak mungkin memeluk seorang jejaka. Itu sungguh bukan aku.


Aku akan pastikan sentiasa ada ruang yang cukup 2 hasta jaraknya. Apatah lagi kalau didakap rapat, bertukar-tukar sedut bau parfum dan letak-letak dagu di atas pundak pasangan. Secara otomatik aku akan terasa seperti 'gay' sungguh!


Namun senyuman ikhlasnya membuatkan aku terlupa prinsip aku tadi. Buat pertama kalinya selepas aku baligh aku memeluk seorang lelaki. Mungkin juga sebab ketampanannya membuatkan aku berubah menjadi Zulaikha atau mungkin Ayu Jannah atau mungkin juga Juliet.


Dia rapatkan dadanya ke dada aku, rangkulan kami menjadi erat. Bukankah 2 pemuda yang berkasih sayang kerana Tuhan itu sungguh bagus? Maka, kami lakukan perbuatan itu di hadapan puluhan orang. Secara terang-terangan sehingga hati kami seolah-olahnya bersatu.


Ketika muka aku seinci dari lehernya, aku bisikkan ini:

" kayaknya nanti hari Selasa malamnya saudara bakal muncul di ruang kaca TV ? "


Serta merta dia rungkaikan rangkulannya dan aku pun melepaskan badannya dari pelukan aku.

" waduh...! jangan bicara begitu... aku maluuu... "


Balasnya sambil ketawa kecil. Aku fikirkan dia sengaja merendah diri tapi bila aku renung raut wajahnya yang putih bersih, ada warna kemerah-merah muncul tiba-tiba seolah-olah dia benar-benar segan jika aku tontonnya di kaca TV nanti.


Aku ketawa kecil yang aku sendiri tak pasti sama ada itu ketawa menyakat atau memikat... yang pastinya, dia pernah ada dalam rangkulan aku.


Saksikan dia malam nanti ( Dr. Aminul ) di TV9 hari Selasa, Halaqah jam 10pm... siri terakhir sentuhan qalbu.


.... kemudian, coba katakan padaku nanti jika hati kamu enggak mau bergetar...







.

5 comments:

ibundo said...

kehkehkeh..
iman aku kuat.

tasekM said...

pak ainul.
nk peluk jugak.

eh?

kikiki..


:p




.

Nizam.Ariff said...

kakpah,
alhamdulillah.. hehehe..
tapi, tontonlah dulu.
mana tau teringin nak dijadikan menantu... hahaha



TM,
Tak bleh!
jangan nak ngade....
aku cemburu... kakaka

sepa said...

brader, masih lagi...?!
masih lagi tentang esq...?!
sampai berfantasi!... gawat...!

aku ingat lg partner aku part peluk2 nih. tak silap aku dia dari BDA - Bintulu Development Authority...
dia cuba peluk erat2.
aku kendurkan.
dia letak dahi atas bahu.
aku biarkan.
dan dia menangis di bahu aku... serammmmm...
basah bahu aku oleh air mata dia beb... :)

Nizam.Ariff said...

Sepa,
masa bab Kartasis, aku dgn partner peluk olok2 jer...
dia letak tangan kiri kat bahu aku, aku pun sama.. tak de lentuk2 kepala... geli... janggut dia panjang.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com