Wednesday, September 21, 2011

Tiram-tiram yang kepanasan demi habuan yang bersifat duniawi...

.


Lokasi: laut selat melaka


Tiram-tiram yang terpanggang kepanasan itu, air laut umpama anugerah dari syurga kepada mereka. Hairan sungguh, kalaulah dah tahu kelak kepanasan mengapa tak melekap di bawah sikit?

Oh...!

Kerana falsafahnya,siapa yang paling atas adalah yang paling berjaya, paling bahagia dengan segala kemewahan dan limpah kurnia bersifat duniawi.

Walau pun hakekatnya, ianya amat menyeksa diri...


Mengapa tak diambil iktibar dari pasang surut air laut  bahawa yang di bawah itu mungkin lebih tenteram dalam mengharungi dugaan hidup, lebih nyaman dan aman dari segala kejar-mengejar ? Lebih senang menikmati sejuk air laut dan rezeki yang dibawakan melaluinya ?








.

10 comments:

AZANI said...

demi gah dan masyhur, nama dan pangkat,ron

Aku said...

Azani,
..maka sanggup menerima keperitan dan kesakitan? perghh... orang2 bernafsu besar bolehlah.. aku tak sanggup.

tasekM said...

aku tak sanggup gak nk berpanas...

Aku said...

TM,
... jom menyelam. Jadi penghuni dasar. macam gary...

sepa said...

yg di atas tuh mgkn bangsa yg suka sun tan...! nak bg gelap sket kulit, biar nampak seksi... :p

secangkir madu merah said...

aku suka duduk kat bawah je..

Fadhilah Maarif said...

awak,

itu tiram ke teritip? nampak macam teritip je..

Aku said...

Sepa,
suntan pun seksa gak pe.. kena bogel2 bawah terik matahari... hahaha..


SMM,
Aku pun suka gitu, tak payah sibuk-sibuk. kita buat apa yg kita suka... kalau boleh, tapi tak boleh sebab kita ini sebahagian dari masyarakat yang perlu bersatu padi bangunkan negara... perggh.. cakap ada gaya ahli politik!



FadhilahM,
Aku pun sangka itu teritip tapi bila tengok balik cengkerang yang terbuka tu, ianya besar2 duit syiling 50 sen, ada yang besar lagi.... macam tiram.

jeb said...

tiram tu tak tau ada pasang surut bro..dia ingat air pasang je..

maknanya, kalau ada duit, simpan sikit untuk zaman-zaman surut.

Aku said...

jeb,
camtu ka..? aku tengok banyak yang dah meninggalkan rumahnya...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com