Wednesday, October 19, 2011

Atap Nipah...

.


Satu ketika dulu, ketika bintang masih pandai menggilirkan diri dengan bulan, rumah papan beratapkan daun nipah itu menjadi seolah-olah rumah kedua aku. Apa yang menariknya rumah itu?


Ketika hujan.

Ya, ketika hujan, rumah itu berubah menjadi sebuah mahligai.


Sebuah mahligai dimana mutiara-mutiara indah berjurai-jurai turun dari hujung atap nipah lalu jatuh ke atas tanah. Manik-manik mutiara yang, apabila di matahari pagi menyuluhnya, akan bersinar dan membiaskan pelangi.


Pelangi-pelangi kecil yang jumlahnya ratusan, malah mungkin juga ribuan, yang seolah-olah memberikan jutaan perasaan tenteram ke dalam hati. Malah membuatkan imajinasi aku terbang ke langit lalu bermain-main dengan bangau putih yang terbang mencari daratan yang lebih kering.


Aku pernah menadah mulut aku apabila air hujan mengalir turun dari hujung atap nipah itu. Ketika itu, aku lupakan tentang najis burung dan kelawar yang mungkin ada... semestinya ada cuma aku yang tak mahu mengakui ianya ada.


Aku tak minum. Aku luahkan semula. Aku cuma mahu merasai kedinginan awan-awan yang turun bersama-sama air hujan itu.


Bunyi hujan yang menimpa atas nipah itu seperti bunyi daun-daun hutan yang ditimpa hujan. Berdetap tanpa bunyi dengung besi. Tak seperti hujan yang bertimpa-timpa di atap zink.


Atap zink adalah sebaliknya. Atap zink melambangkan kemajuan yang dibawa ke kampung-kampung. Ketika itu, rumah-rumah yang beratap nipah dan zink adalah seperti basikal dan kereta Datsun 120Y. Juga seperti honda 50 dan norton berekzos chrome.


Bunyi atap zink ditimpa hujan bukanlah bunyi yang menyejukkan hati, bukanlah bunyi yang menjadi halwa telinga.


Agak-agaknya sebab itulah perkara yang paling dibenci pada waktu malam ialah apabila sepasang hantu jerangkung sedang asyik gaul-menggauli di atas atap zink. Terlalu bising bunyi derap tulang menghentam atap zink. Terlalu azab, terganggu mimpi indah aku.





.

9 comments:

cheqna said...

sempat duk umah yang beratap nipah dan berdindingkan buluh masa kecik2 dulu kat umah atuk nenek..sebelah umah kubur..bayangkan tidur malam2..dahlah dinding tu tak rapat..almaklumlah buluh yang dianyam..tapi besh suasana tu..

tasekM said...

betul ke ada hantu jerangkung nih...?
yg jerangkung tu pun apa kes menggaul atas atap.


.

Aku said...

Cheqna,
wow.. best tu... siang-siang tak panas, angin boleh pandu lalu. tapi waktu malam memanglah sejuk ke tulang... jadi jerangkung la.. hahaha




TM,
Tu la yang menjengkelkan, macamlah tak ada tempat lain nak menggaul. pergilah gaul kat reban ayam ke, kat pokok rambutan ke... kan?

sepa said...

norton berekzos chrome... peerrrhhh, itu jam dah ada org pakai ke...?!
yg aku ingat gemulah tan sri yahaya pernah ada sebijik, masa bujangnya...! :)

Aku said...

Sepa,
Ada... aku pernah nampak..

ckLah said...

Masa tu...siap main 'ski' di halaman rumah yang licin bertanah liat tu kalau hujan...bapak dan mak, mula-mula nak larang, akhirnya depa join sama, lebih-lebih pulak aksinya dari anak(3 abang dan 4 adik lelaki ckLah)

Sekarang, buat macam tu alamat demam berhari-hari.

Aku said...

CKlah,
kenapa sekarang ini mudah benar kena demam kalau mandi hujan?

sebab air hujan terlalu berasid kerana perindustrian atau tubuh badan manusia zaman kini kurang pedinding yang ampuh?

AZANI said...

atap genting tak sebising atap zinc kan? kalau kucing nak bercanda atas tu pun tak lah mengganggu..unles kalau terslip sekeping dua, jatuh berderai..

Aku said...

Azani,
Atap genting lagi mewah... antara norton dengan Harley Davidson tu...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com