Monday, October 31, 2011

Bermimpi arwah Bapak dan Burung Hitam .... uh uh uh..!

.

Sebenarnya hampir setiap malam dalam seminggu dua ini, tidur aku pasti ditemani mimpi. Sampaikan aku malas nak tulis tentang mimpi buat masa ini, sekurang-kurangnya seminggu dua lagi kerana takut nanti terlalu membosankan. Ada juga terfikir nak buat satu blog khas untuk mimpi-mimpi aku.


Tapi, mimpi malam tadi memang mengganggu fikiran, lebih-lebih lagi jika arwah Bapak turut bersama-sama dalam mimpi itu.

Oleh kerana mimpi itu panjang dan aku malas nak tulis panjang-panjang di sini, aku sedaya upaya ringkaskan sahaja fakta yang aku 'lihat' dalam mimpi itu. Aku fokus pada bahagian-bahagian terakhir mimpi...




Begini....


Suasana ketika itu mungkin dalam lewat 90an. Sawah baru lepas disabit padinya. Cuaca suram kerana musim hujan. Langit berwarna biru tua, hasil campuran dua warna iaitu cahaya matahari dan awan mendung menandakan musim sedang beralih.


Masih ada pokok-pokok cempedak di dusun manakala pokok-pokok sawit tak ada lagi. Masih ada lagi senduduk merah dan deretan pokok Pisang Abu di sepanjang sempadan tanah (kalau abang-abang aku baca entri ini, maksud aku yang itu ialah sempadan tanah dengan Abang Tan dan Kak Dami).


Wajah-wajah yang aku lihat dalam mimpi itu adalah semua adik beradik. Mereka datang berziarah Bapak. Abang aku yang no. 2 dan kakak aku yang no.3 dan suaminya yang kerap muncul dalam mimpi. Mereka bertiga sebenarnya menguruskan arwah Bapak dalam mimpi itu.


Bapak kelihatan letih, penat seperti baru balik dari kebun. Aku sempat bersembang dengan Bapak dan bertanya khabar. Aku perasan itu adalah saat-saat bermulanya Bapak ke alam barzakh. Ada satu ketika itu abang no.2 membawa Bapak ke hospital dan apabila pulang ke rumah aku baru kembali dari kebun.


Apa yang aku buat di kebun?
hah.. inilah yang aku nak ceritakan... bab menarik nih...



Suasana ketika itu memang kelam. Aku tak pasti sama ada itu petanda mahu hujan atau hari kian petang. Aku berjalan-jalan di dusun dengan menyusuri tali air yang kecil, yang boleh dilangkah. Aku terus masuk ke kebun yang semakin gelap untuk melihat-lihat pokok cempedak.

Apabila sampai di pinggir dusun dan berada di batas sawah padi petak belakang rumah, tiba-tiba aku mendengar bunyi gemuruh yang dahsyat di langit. Aku mendongak ke dada langit dan dalam kelam senja (?) atau mungkin gelap nak hujan itu aku lihat beribu-ribu burung hitam terbang dari Barat menuju ke Timur.


Aku tak pasti burung apa yang terbang di atas tetapi banyaknya sampaikan tertutup langit Barat. Bukan setakat itu, di daratan juga beribu-ribu burung hitam berlari melewati kebun, batas dan sawah. Malah, mereka juga berlari melewati aku yang berdiri di tepi batas di pinggir dusun. Aku dapat kenali burung-burung yang berlari itu seperti Sintar, Pangling, Ruak-Ruak... semuanya burung-burung sawah.


Aku sda terfikir nak tangkap seekor dua untuk digoreng... hahaha. Memang dasar perut lapar memanjang!


Aku  lihat bukan setakat burung-burung dewasa, malah anak-anak burung yang seolah-olah baru menetas seminggu juga turut ikut berlari dari Barat ke Timur. Seolah-olah mereka semua takut. Seolah-olah ada bencana sedang menjalar dari arah Barat. Aku juga seram kalau-kalau bencana itu datang.


Suasana sungguh bising dengan bunyi decitan burung dan libasan kepak-kepak mereka. Aku rasa kini jumlah mereka yang ada di langit dan di bumi mungkin jutaan ekor. Ada yang berlari di celah-celah kaki aku yang sedang berdiri memerhatikan semuanya dengan hairan yang teramat.


Aku amati betul-betul dan aku dapati anak-anak burung yang berlari itu amat ketakutan. Tanpa membuang masa, aku pun berjalan menuju ke rumah. Tujuannya untuk beritahu abang aku no.5 tentang hal burung itu. Bila aku beritahu mereka, aku dapat lihat Emak membuka semua tingkap dan kami semua adik beradik melangut dijendela melihat beribu-ribu malah mungkin berjuta burung hitam terbang menuju ke Timur.


Apabila salah seorang abang aku buka pintu, serta merta beratus-ratus burung masuk melintasi ruang dapur dan tetamu dan melompat keluar dari jendela yang kami buka. Sungguh ramai!


Dan yang peliknya, anak-anak burung yang tak mampu melompat jendela akan tertinggal di dalam rumah dan berdecit-decit halus seperti anak ayam kehilangan ibu.

Apabila aku tangkap 2 -3 ekor tiba-tiba anak-anak burung itu berubah menjadi anak-anak kucing comel di tangan aku. Aku kaget. Aku cuba tafsirkan apa sebenarnya yang berlaku (ya, memang dalam mimpi itu aku cuba fahami apa maksud sebenarnya segala yang terjadi).


Apabila aku toleh dan lihat semua 'anak-anak burung' tadi, kesemuanya telah bertukar kepada anak-anak kucing yang comel, yang manja. Bila aku tanya Emak, apa yang patut dibuat sekarang? Emak kata, dia akan bela kesemuanya yang ada di dalam rumah.



Selepas terjaga, imej yang masih kuat dalam kepala aku ialah ribuan burung hitam terbang di dada langit kelabu menuju ke Timur. Dan aku pasti ada sesuatu sedang terjadi di Barat. Bencana sedang menjalar....





.

6 comments:

jeb said...

barat mana tu bro? barat malaysia? barat dunia?

Aku said...

jeb,
barat dari rumah kat kampung aku tu la...

tasekM said...

aku syak mmg nak kena buat blog mimpi juga la ko nih...
banyak benor mimpinya.

:)





.

Aku said...

TM,
banyak benor... haaaaa.... penattt!!
bangun pagi jer dah penat...

ko tau tak, sebenornya sebelum aku nampak burung2 tu terbang, aku mendongak ke pokok jering. Aku nak cari buah jering!!!! hahaha.

tu yang tetiba nampak burung banyak kat langit...

alien pakai lipstick said...

assalam, pembaca secara senyap di sini..bangun pagi jer dah penat- :-) i likee....

burung gagak ada org kata tanda orang nak pindah alam..kucing..ada kaitan dgn ..alam b....n?

Aku said...

alien,
walaikumussalam...
Akuingat pun burung gagak tapi bila aku tengok betul-betul, ianya burung-burung sawah tapi warna hitam...

kucing.. memang aku tak tau apa maknanya...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com