Thursday, October 13, 2011

Kronikels of Cicak Rumah...

.


Kali ini aku terpanggil untuk bercerita tentang Cicak pula setelah membaca komen si Buah Kedondong Masam.



malam jumaat cicak memang suka nyanyi berduet





Cicak memang musuh ketat aku. Dulu-dulu, masa kecil-kecil, malam Jumaat menjadi malam pertarungan aku dengan si cicak. Malam Jumaat sekarang pun aku masih bertarung tetapi bertarung membunuh dengan setan-setan.


Senjata yang aku guna? Semestinya getah gelang. Aku simpulkan 3-4 urat getah gelang menjadi 'gundu' atau pelantiknya manakala 3-4 urat getah lagi aku gunakan sebagai tali elastik.



imej kredit kpd: www.flickr.com/photos/mfaizalbhd/



Kadang-kadang aku terjumpa cicak yang bodoh. Senang saja aku lastik dan bunuh, bagi kucing aku makan. Kadang-kadang aku terjumpa cicak yang cerdik. Nampak saja bayang-bayang aku, cicak itu dah lari susup-sasap ke celah-celah papan. Itu membuatkan aku amat geram.


Bila situasi menjadi begitu, aku akan gunakan umpan kapur sireh atau hanya kekabu yang aku ikatkan pada hujung lidi kelapa sebagai umpan. Apabila nampak kepalanya keluar, aku lastik....!



Apa aku buat dengan cicak cerdik yang menjengkelkan itu?


Aku ambil pin baju. Aku bakar hujung tajam pin itu dengan pemetik api Bapak. Lepas tu, aku sula cicak tu dari dubur membawa ke rongga dadanya. Kalau cicak betina yang masih ada telur dalam badannya, aku akan cucuk-cucuk telur itu menggunakan pin tadi.


Seperti cicak-cicak yang lain, kucing aku akan menjalankan tugas seterusnya... memakan cicak panggang tanpa sos BBQ.






.

11 comments:

jeb said...

ajar aku buat lastik getah tu

secangkir madu merah said...

ini sudah kes dera.. tak pasal2 je cicak tu kena sula.


ini cerita kisah di malam jumaat eh..



.

Aku said...

Jeb,
takkan ko tak tau? isk.. mudah jer...
tapi aku tak ada banyak getah nak demonstrate...

tapi awas: kalau gesek getah tu kat tulang kering, licin bulu roma kaki weh.. kakaka

Aku said...

SMM,
Ye.. tapi sekarang dah tak ada adegan sula-menyula.. haram.. keh keh keh

kucingorengemok said...

aku rasa pandangan aku pada ko makin berubah dengan setiap cerita penderaan binatang... boleh tolong berhenti tak? ;p

tasekM said...

aku jgn kata nk sula.
nk pegang cicak pun dah rasa nk pengsan.
geli tgn badan dia tu...
kenyal2.

eiiiii...



.

Aku said...

KOG,
tu duluuuuu... sekarang tak ada dah.... sekarang aku berkawan dengan alam.. dengan dia orang semua...



TM,
aku puntak sanggup nak pegang. aku kepit pakai lidi jer...

sepa said...

cicak tuh kan... biologi control tuk mengurangkan populasi serangga dalam rumah... boleh jugak dia ngap nyamuk...!
tapi... dia akan bagi balik taik dua kaler. hitamputih...
cicak nih cerdik kan... dia boleh asingkan warna hitam dan putih pada taiknya... ko pernah tgk taik cicak warna kelabu...???!!!

kill kill kill... :)
.

Aku said...

Sepa,
prang kata yang putih tu beracun...

hail! hail! Hail and Kill!!!...

spider said...

gundu....mak oii lama sungguh tak dengar perkataan itu. i used to have a large collection of gundus untuk main "jengket" (teng teng)..

Aku said...

spider,
aku pun dah lama tak buat. rasa-rasanya budak2 sekarang dah guna istilah lain kut....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com