Monday, October 31, 2011

Memasak Nasi Goreng Ayam gaya Kungfu... ringkas

.


Bagi orang-orang yang bekerja, memasak adalah salah satu kerja yang remeh. Bagi wanita, terasa penat bekerja ditambah penat memasak dan membasuh pinggan mangkuk. Manakala bagi kaum lelaki pula amat terseksa menunggu apabila perut sudah lapar, terutama di musim hujan begini.


Memasak gaya ringkas boleh dilakukan untuk resepi ini:


Masak nasi lebih kurang 2 pot beras. Sementara menunggu nasi masak, bolehlah mandi dan sembahyang Asar dulu. Jangan tertinggal sembahyang Asar gara-gara nak memasak.


Selepas sudah, panaskan minyak masak masak lebihan goreng keledek semalam dalam 2 sudu. Sila recycle untuk kemakmuran alam sekitar.


Ambil 3 ketul bawang putih. Nak cepat punya pasal kerana minyak dah berasap-asap, ketuk dan masukkan tanpa buang kulit.


Ambil sejemput ikan bilis. Oleh kerana leceh nak mengopek (bukan lucah!) ikan bilis, masukkan  kepala dan tahinya sekali. Tak payah basuh. Ikan bilis tu semasa hayatnya dah berendam air laut seharian tak pernah naik ke darat. Biasaaaa dia!! Nak kena tu, berkubang lama-lama.


errr.. kemudian... errr... pecahkan telur 2 biji kedalam nasi yang masih panas 'mongah-mongah' dan gaul. Kalau telur itu dibasuh dulu, bolehlah dimasukkan sekali cengkerangnya. Cengkerang telur terbina dari kalsium karbonat. Ia boleh menambahkan lagi pengambilan zat mineral kalsium setara dengan 3 gelas susu Anlene. Jangan bazirkan.


Setelah telur siap digaul, masukkan nasi dan telur itu ke dalam kuali.Henjut kicap masin dalam 5-6 kali.


Err... lepas tu.. hmmm.... lepas tu boleh kukurkan kelapa pasut dan masukkan sekali untuk tambahkan lemak.  Lebih baik tambah lemak sayuran daripada guna lepa susu.


Selang 4-5 minit. Nasi goreng ayam pun siap. Tunggu hingga sejuk betul-betul barulah dihidangkan.


Mana Ayamnya?

Ok. Kenalah panggil Ayamnya dulu...

Bawa nasi goreng ayam tadi ke pintu belakang rumah.
Juihkan mulut sejauh mungkin dan lidah sedikit terjelir.
Kemudian, dengan nada yang berirama, sebut  .. " kurrr... kurrrrr... kurrrr " 3 kali.
Lepas itu, taburkan nasi goreng ayam tadi rata-rata di atas tanah.


Hidangan tadi cukup untuk 8-10 ekor ayam kampung.

Itulah dia nasi Goreng Ayam gaya kungfu.

Silalah torai....







.

10 comments:

Tijah said...

nak kena libas nih...

tasekM said...

pernah kena cakor belakang tak...?











skretttttttttttt...


.

Nizam.Ariff said...

Tijah,
jangan libassss...... aku tak tipu la.. Nasi Goreng Ayam la tu...




TM,
Ooo...kucing nak cakor. lapor ek, nanti aku buat nasi goreng kucing pulak... nak?

ckLah @xiiinam said...

Tak kira...Nak gambarnya jugak!

Nizam.Ariff said...

CKlah,
mana ada gambar...
dapat ilham masa memasak petang tadi.. keh keh keh

Fadhilah Maarif said...

hahahahahaha.......cara masakan yang baru...

tak nak cuba lah...ngeri!

Nizam.Ariff said...

FadhilahM,
Ada ayam tak kat belakang rumah?
kalau tak ada, tak boleh masak resepi ni... kakaka

aza ni said...

sedap untuk ayam , juga sedap untuk aku...ni aku panggil nasi lambuk...

Nizam.Ariff said...

Azani,
kalau dah ada telur ada bilis, sedap tu... cuma tak masukkan cili padi sebiji-sebiji... it laaagi aku suka.

tapi kulit telur aku tak mau la..

sepa said...

cheh...! hahaha...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com