Saturday, October 29, 2011

Mimpi itu realiti?

.


Mimpi adalah realiti tidur.

Dalam tidur, mimpi adalah realiti.

Tidur adalah realiti kematian dalam kehidupan.
Dan setiap yang merasai kehidupan pasti akan merasai kematian pula.

Kematian adalah Entropi alam.
Kerana alam akan senantiasa cuba untuk kucar-kacir, sentiasa cuba menuju kemusnahan.


Mimpi bukan perkara main-main kerana ia adalah realiti kepada manifestasi alam itu sendiri.

Jangan bermain-main dengan mimpi kerana anda mungkin boleh mati.

Kerana mati juga adalah realiti kehidupan yang senantiasa menambah nilai Entropi untuk terus menuju kepada kemusnahan.





Sebab itulah aku suka bermimpi kerana mimpi sebenarnya adalah realiti.
Mimpi bukan lagi sekadar mainan tidur.

Aku tak pernah bermain dalam tidurku.






Ok. Cukup tema filasaf untuk minggu ini. Minggu depan blog aku akan tukar tema pulak. Seperti biasa-biasa....





.

7 comments:

sepa said...

betoi betoi... dlm criter "Nightmare on Elm Street", mimpi membunuh. dlm criter "Premonition", mimpi adalah realiti. oh Sandra Bullock. *dlm Premonition, Sandra Bullock heroin.* hehehe...

tapi, yg nih...
"Aku tak pernah bermain dalam tidurku."...!
bermain sebelum tidur bolehla kan... :P

.

wos said...

ko mimpi apa ni bang?

Aku said...

Sepa,
Bermain adalah realiti ketika jaga... kakaka



Wos,
Aku mimpi macam2. Ko nak tau gak ke?

Ok.. malam tadi aku bermimpi kawan-kawan aku mati seorang dua... lepas tu ada sorang india mati kat gereja.

Hanya aku berjaya merakam roh-roh sebelum dikebumikan. Guna handphone lagi! Siap temuramah lagi. Lepas tu susuk tubuh yg berupa roh kian kusam dan kabur (faded away) cepat2 aku ambik gambar dgn dia orang siap peluk2 bahu.. hahaha. Ucap selamat jalan.

Yang kes India tu, aku masuk gereja dan jumpa dia. Hanya aku perasan yang dia baru mati... dan aku tanya dia macam2.

KEs yang India tu aku sempat guna kamera Nikon 14Mpixel, konon2nya lebih jelas.. keh keh keh...

lepas tu, aku upload kat blog kasi satu duina tau yang aku berjaya rakam gambar hantu..


hah ko! Amacam?

Itu memang mimpi aku malam tadi. tak tipu punya.


Tapi aku dah malas nak tulis mimpi aku dalam blog, takut tbosan lak orang nak baca.

ckLah@xiiinam said...

Dah 3 hari berturut-turut jumpa rambut dalam makanan di satu tempat ni.

...dan malam Jumaat semalam, ada sesuatu mesej dalam mimpi tu.


...dan ckLah percaya, bahawa ckLah tak perlu berkunjung tandang ke tempat yang itu.

"Bismillahillazi la yadhurru ma'as mihi shai un fil ardhi wala fis sama -i wa hua sshami'ul 'alim."

Ada rasa angin menyapu telinga selepas 3 kali membacanya di hadapan premis



Betul!

Aku said...

Cklah,
hati-hatilah makan di tempat2 awam. dari cerita abang dan emak di kampung, dah ada yang amalkan semula ilmu-ilmu hitam nih.

Kakak aku sekeluarga pernah hampir-hampir kena tapi tetiba ada seorang pak Haji yang tegur dan sepiring lauk langsung tak dijamah tanpa mereka sedar. tetiba ada manusia lain yang bangun dan ambil piring lauk tu cepat2 dibuang. dah merata-rata kedai makan sebabnya bukan towkeh kedai makan yg buat tapi ada salah seorang pelanggannya sengaja nak buang, kalau tak ilmu makan tuan...

tasekM said...

aku tetap merasakan mimpi aku adalah mainan tidur semata2.
sbb.
mimpi aku.
selalunya.
indah2.
namun.
hakikatnya...

hmmm...





.

Aku said...

TM,
mana ada mainan tidur...
ia adalah realiti dalam tidur.

mimpi cuma mainan jaga.
kala jaga, mimpi itu tak bermakna apa-apa.

betul.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com