Monday, October 24, 2011

Mimpi Jerangkung dalam keranda.... !

.

Ada mimpi lain sebelum itu tapi aku ceritakan bahagian kedua mimpi yang lebih menarik.


Aku berada di dalam sebuah bangunan yang besar di tengah-tengah gurun seperti di Arizona. Bangunan itu penuh dengan fasiliti saintifik bernilai tinggi. Aku lihat bangunan itu seperti 'bunker' pertahanan serangan nuklear. Aku rasa fasiliti di situ mestilah 'Top Secret'. Sungguh luas, sungguh besar dan terletak di bawah gunung. Lantainya adalah granit hitam atau kelabu dan berkilat, manakala tiang-tiangnya juga berlapiskan batu granit hitam atau kelabu. Dinding di ruang legar adalah cermin tetapi di bahagian dalam adalah konkrit tebal.


Aku lihat ramai kakitangan mundar-mandir dengan berpakaian ala-ala saintis atau doktor, dengan berkot makmal berwarna putih. Aku terpinga-pinga melihat suasana sekitarnya sebelum aku disapa oleh seorang gadis yang bekerja di situ lalu dia mengajak aku bersiar-siar di kawasan ruang legar itu. Aku lihat ada meja penyambut tetamu yang berhias bunga-bunga indah, seperti sebuah hospital swasta yang mewah.


Gadis itu mengajak aku masuk  ke satu kawasan yang banyak meja dan kerusi seperti tempat pesakit bertemu keluarganya. Sungguh luas tetapi tak ramai orang. Luasnya seperti ruang legar di KLIA.


Tetapi, ada sesuatu yang pelik. Aku lihat semua pesakit yang berjubah putih pucat-pucat belaka. Kulit mereka berwarna putih membawa kepada kelabu. Wajah mereka juga pucat dan kelabu. Bibir mereka kelabu kehitaman, begitu juga mata mereka. Kalau ditoreh tak akan berdarah.


Aku bertanya kepada gadis itu apa sebenarnya bangunan ini. Lalu dia membawa aku ke satu bilik kedap bunyi melalui koridor yang lebar dan berbelok-belok. Sesampai di depan bililk itu, aku terlihat perkataan 'ARKIB' yang besar terlekat di atas muka pintu bilik itu.


Dia buka bilik itu. Pada dinding bilik itu seperti kotak-kotak mayat di rumah mayat hospital. Bila dia buka salah satu pintu kotak itu (yang seperti peti sejuk kedai runcit) dan menarik keluar satu meja gelonsor, aku kaget kerana ada sekujur mayat di atasnya.


Lebih aneh, gadis itu memberi salam kepada mayat itu lalu mayat itu pun membuka matanya lalu duduk dengan kaki berjuntai ke bawah. Gadis itu menyuruh mayat lelaki itu turun dan pergi bersiar-siar untuk senaman. Aku tercengang. Kehairanan. Aku tanya gadis itu, apa yang mereka lakukan di sini?


"... bangunan ini satu fasiliti kerajaan yang sulit dan rahsia. Kami menyimpan khazanah negara yang berupa pemikiran daripada golongan cendiakawan. Kami simpan terus pemikiran mereka dengan tubuh mereka, jadi kami tak perlu menterjemahkannya ke dalam buku (encoded knowledge)..." terangnya yang berbahasa Melayu dengan terma-terma ilmiah.


Serta merta aku terfikir, tentulah Tun Mahathir juga ada di sini. Bila aku ajukan soalan itu, gadis itu tersenyum. Aku tahu, ianya sulit dan rahsia.


Kemudian gadis itu bawa aku ke satu bilik lain yang seperti sebuah gimnasium. Aku terlihat agak ramai juga 'pesakit-pesakit' atau dengan lebih tepatnya bahan Arkib Negara sedang bersenam: ada yang mengayuh basikal, ada yang angkat berat, ada yang berlari di atas 'treadmill'.

"... untuk memastikan otot dan sel tubuh mereka terus berfungsi pada tahap minimum, mereka perlu bersenam... " terangnya lagi. Aku anggukkan kepala.

".. kenapa tahap minimum? " tanya aku.

"... oh, kami hanya perlu pastikan sel-sel otak mereka berfungsi elok dan pergerakan yang minimum. Kami tak mahu membazir. Lagi pun, kami tak mahu mereka nanti terlalu kuat dan payah untuk kami menguruskan mereka..." jawab gadis itu jujur.


Kemudian aku terfikir, bagaimana mereka makan dan minum?

".. semasa mereka berehat atau tidur, sejenis cecair berbentuk kabus akan dialirkan ke tubuh mereka. Selain membekalkan nutrisi hingga ke tahap selular, ia juga untuk mengekalkan kelembapan kulit dan tekanan cecair sel. Kolagen juga diberikan dengan cara yang sama untuk memastikan sel-sel tetap anjal...."


Kemudian aku terfikir, kalau begitu nutrisi mereka, kenapa mereka masih pucat?


".. sebab kami telah gantikan darah mereka dengan sejenis cecair yang boleh menyimpan lebih banyak oksigen, manakala bahan kumuhan sel pula boleh dihapuskan tanpa proses perkumuhan fizikal yang biasa..." katanya lagi. Maksudnya, tak perlu berak dan kencing.


Kemudian gadis itu mengajak aku pergi ke seksyen lain bangunan itu. Sambil itu, fikiran aku tak putus-putus bertanya kenapa fasiliti sebegini dibuat. Apa tujuannya. Akhirnya, aku terhenti di koridor itu. Aku lihat di luar sana ribut pasir bertiup agak kencang. Bebola-bebola rumput bergolek di tiup angin. Langit kelam dan berdebu.


"... dunia telah hampir hancur akibat peperangan. Kami sempat simpan sedikit sahaja khazanah pemikiran yang masih tinggal..." gadis itu bersuara sambil merapati aku yang sedang melihat ke luar dinding kaca itu.


"... kamu jadikan mereka itu sebagai sumber rujukan penyelidikan kamu. Kamu telah membelakangi nilai-nilai kemanusiaan, keagamaan. Fitrah manusia itu hidup lalu mati. kamu telah ganggu fitrah itu. Kenapa ? ..." aku bertanya kepadanya.


"... kami terpaksa demi kelangsungan hidup generasi kami... " jawab gadis itu ringkas.


" ... apa yang berlaku sebenarnya kepada generasi kamu? " tanya aku lagi.


" ... zaman encik telah berlalu lebih 100 tahun... " jawabnya sambil tersenyum memandang aku.

" ... tetapi kami masih perlukan pemikiran generasi terdahulu. " tambahnya.




Kemudian, aku terdengar hilai ketawa kanak-kanak yang berkejar-kerjar di koridor itu. Aku toleh ke sisi dan aku dapati sepasang kanak-kanak yang bertubuh lucat dan kelabu sedang kejar-mengejar. Aku hairan, apa pentingnya kanak-kanak sekecil itu untuk dijadikan khazanah negara?

"... ibu bapa kanak-kanak itu orang kaya, mereka bayar untuk semadikan anak-anak mereka di sini..." jawabnya.


Apabila aku tanya berapa bayarannya, gadis itu hanya tersenyum memandang aku. Tiada jawapan. Aku tahu, ianya sulit dan rahsia.




Perasaan aku bercampur baur. Aku cuba ingat kembali bagaimana aku boleh datang ke sini tetapi gagal. Kalaulah tempat ini adalah sulit dan rahsia, kenapa aku diberikan layanan istimewa? Kenapa aku dibenarkan untuk masuk dan melawat seluruh kompleks rahsia ini?

"... kerana... enciklah yang mencipta teknologi ini. Kompleks ini adalah dari buah fikiran encik sebenarnya..." terang gadis itu.


Aku terkejut. Amat-amat terkejut. Sungguh tak sangka.


" ... cukuplah tu, encik. Encik perlu berehat. Mari saya hantarkan..." katanya.


Serta-merta aku lihat tangan aku. Aku lihat kulit aku pucat dan kering... juga tiada darah !!!








.

17 comments:

tasekM said...

... lepas tu ko pun dihantar masuk peti ais eh...?

:)








sedap juga dapat mimpi mcm ko nih.
aku tak pernah.




.

Nizam.Ariff said...

TM,
ye la kut....

tapi aku bangun jer terus penat... lemah giler...

ada mimpi sebelum tu...
pasal aku pegi ke US (FLorida) nak melawat kebun Khurma dan Delima... balik dari sana la yg tetiba aku masuk ke bangunan tu...

rupa2nya aku eksiden dan mati...

Tijah said...

esok aku nak gi s.alam. tanak blanje aku neskepe tarik ke?

Nizam.Ariff said...

Tijah,
ko berani nak minum dgn aku? Aku ni masih mood mimpi Zombie nih... nak kira geget tengkuk sedut darah jer... hahahaa

Tijah said...

errr...kensel. aku cari org lain. wakakaka

Nizam.Ariff said...

Tijah,
ah..walau ko kensel, aku dah tau ko nak datang ke S.Alam... aku stalk... kekeke

aza ni said...

ron
bukan saja mimpi kau taoi entri kau menarik....boleh hanyut kita di buatnya...

Nizam.Ariff said...

Azani,
ye ke..? aku ngantuk giler bila mimpi2 macam ni...

aza ni said...

yele

kau yang pelakonnya, kami cuma pembaca...

Temuk said...

Hebat kisah mimpi Aku tu. Dan bagusnya, boleh ingat babak-babak mimpi dengan jelas. Nak tanya, biasakah bermimpi yang diri sedang bermimpi sesuatu? Ceria selalu!

sepa said...

brader, aku dapattahu Arnold Swarzeneggar masukbalik ke dunia Hollywood. dah cukup term jd gabenor, katanya. dan nak kembali berlakon semula...!!!

.

ckLah @xiiinam said...

Boleh tak 'copy; untuk buat karangan Cerita Fiksyen Nuha?



***Malam tadi mimpi batu kerongsang ckLah tertanggal. Buat penat memikir dan tanya suami. Dia jawab...

"Mimpi makcik-makcik macam tulah..." Cheit...

ckLah @xiiinam said...

Inilah kesan...dari kecik cikgu Lutfi suruh catat mimpi harian...

Granny Hani said...

patut baca cerita mcm ni di siang hari..ini tidak,adoii...

Nizam.Ariff said...

Azani,
cukup jelas .. sampai pagi aku basah berpeluh... tu seab aku boleh tulis balik. Sebenarnya ada satu babak yang aku tak cerita kat sini.... hahaha




Temuk,
Bang, aku pernah sekali mimpi macam tu rasa-rasanya. Tapi celaru sangat sampai tak boleh ingat balik... sebab tak tau mana satu mimpi dan mana satu yang mimpi dalam mimpi...



Sepa,
Arnold? Gua tak minat dia.. gua minta Predator... pergh.. dia punya rambut ala rastafarian.. aku teringat Chasiman.



Cklah,
Boleh.. silakanlah tapi betulkan dahulu tatabahasanya. Entri yang itu aku tulis terus tanpa edit.

Dari celah mana pulak datangnya kerongsang tu? hahaha....


Memang aku ikuti cara cikgu lutfi tu.. aku buat semenjak aku masuk asrama tingkatan 1 lagi... cuma biasanya aku ceritakan semula kat kawan2, aku tak tulis. Dunia blog membuka segala-galanya... hahaha




Hani,
Aikk?? Takkan takut.... itu bukan ke fiksyen sains jer. kakaka....

sepa said...

brader,
lupa nak tanya tadi... ko jumpa tak Tun Mahathir.?

Nizam.Ariff said...

Sepa,
budak pompuan tu tak nak tunjuk..!

Aku tak jumpa.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com