Saturday, October 1, 2011

Seorang lelaki berjanggut putih dan lebat di tengahari rembang...

.


Tengahari itu, sedang aku terkial-kial menendang kuda api aku supaya bangun dan merengek, tiba-tiba bahu aku disentuh oleh 'Assalamualaikum'. Aku toleh ke arah salam itu lalu aku terlihat seorang lelaki berjanggut putih dan lebat sedang berjalan ke arah aku dengan laju lalu menyapa aku dengan anak matanya dan beramah mesra dengan tangannya.


Aku faham. Tanpa berbicara apa-apa, aku terus tepuk-tepuk pelana kuda bahagian belakang.

" suda banyak lambat, bai. Imam suda mula khutbah ..." kata dia.

"... takpe, jom naik..." balas aku.



Dia itu seorang tua yang aku kira dalam 50'an umurnya, kurus badannya. Janggut putihnya lebih lebat dari rambutnya. Berketayap putih, berjubah kelabu dan berseluar.


Aku kenal dia. Dia itu selalu tolong beri kuda api aku minum petrol. Bertahun-tahun dulu, dia cuma pandai cakap " merah? hijau? punuh? baya dalem..." Sekarang ini, dia sudah boleh bersembang lebih sedikit. Perbendaharaan kata sudah banyak dikuasainya.


Aku terasa ringan. Sahih dia bonceng dengan tangannya memegang birai pelana di belakang. Tak apa. Kalau dia peluk pinggang aku lagi haru. Aku tak boleh dipeluk-peluk begitu oleh lelaki. Terasa sungguh gay!


Sepanjang perjalanan yang tanpa memakai topi keledar, aku dapat dengar mulutnya asyik terkumat-kamit membaca sesuatu. Berzikir agaknya. Ataukah dia membaca doa selamat kerana ngeri dengan gaya aku memacu kuda api aku yang sedikit rakus mengejar khutbah Jumaat ?


Aku terlupa bertanya kepadanya, agak-agaknyalah, dia dapat IC Malaysia tak? Manalah tahu... sejak akhir-akhir ini banyak juga terdengar IC Malaysia ni berterabur atas jalan. Siapa nak, boleh kutip... janji pandai tulis huruf 'X' ....





.

7 comments:

sepa said...

saya mau 2 ic boleh ka.? boleh tulis huruf 'x' dua kali...

tasekM said...

kalau pak ami_nul yang peluk ko suka tak...?

:p




.

Aku said...

Sepa,
IC fotostate boleh la.. nak?

2 = RM10 jer...



TM,
Kalau pak Minul, aku yang dulu peluk dia ..

sambil ucap ahlan wasahlan.... hahaha

sepa said...

rm10...? ko suruh siti ke, yg potostet...?

Aku said...

Sepa
nama pun fotostat ... Hahaha

wos said...

tas kata ko nyah.
nyah bukan gay ke?

keliru tau...

Aku said...

ROs,
gay sungguh lelaki fizikalnya kut....

weh.. aku mana tau.. sebab aku bukan gay... hahhaa

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com