Saturday, October 8, 2011

Tatacara membetik yang benar... (updated)

.

Kalau tak cukup tinggi, perlukan tangga. Kalau tak, jangan harap nak dapat petik betik. Cuit betik pun belum tentu dapat lagi.



Lokasi: Melaka Maju 2010



Pokok ini pokok tunggal tapi buahnya macam 10 pokok banyaknya. Pokok yang tumbuh mungkin dari jubur si burung. Tak apa, bukan najis.

Apa yang peliknya pokok ini sampai masuk blog ini?

Pernah dengar istilah 'betik Burung' ?

Betik burung ialah betik yang biasa tumbuh dari najis burung yang memakan buah betik ranum di satu tempat lain. Isi betik burung  berwarna kuning terang dan biasanya rasanya kurang manis, lebih kepada tawar. tekstur isinya pula halus dan lembik. Dengan kata lain, memang tak sedap untuk manusia.


Sedangkan betik yang biasa kita makan itu warna isinya lebih kepada jingga atau oren atau kemerah-merahan. Teksturnya lebih berserat dan keras. Rasanya lebih manis. Bijinya juga kurang. Dengan kata lain, isinya memang sedap.


Kenapa dengan buah betik di atas?

Percaya atau tidak, warna isinya sama seperti Betik Burung TETAPI rasanya seperti betik yang sedap-sedap itu. Manis dan berjus (juicy). Teksturnya padat dan berserat.


Itu memang rezeki.

Tak menang tangan nak memetiknya. Tak menang mulut nak memakannya.









.

10 comments:

hani@debumelukut said...

Mewah betik nampak...betik muda makan dgn cuka.belacan dan garam mmg best in the world, tambah2 kalau ada cili api sekali.

Aku said...

Hani,
Tak pernah cuba pulak. Biasanya betik muda dibuat sayur, masak lemak jer...

tasekM said...

sukanya betik.
kalau aku tu.
setengah bijik aku sorang je...



.

Aku said...

TM,
Aku pun suka gak.. kalau yang manis berjus la... perut pun lawasssssss ja.. hahaha

jeb said...

hati2 makan betik..nanti tak cukup jubur nak membuangnya..

Aku said...

Jeb,
Hahaha.... time tido pun bulih keluar nampak gayanya nih...

2 biji dah dibedal...

sepa said...

ada sorang professor botani - aku pggl Prof. Tan katanya:
kalau tak mo d gigit nyamuk, makanla betik dgn bijinya sekali... :)


.

Aku said...

Sepa,
ye ke..?

ko jangannnnn.... aku gigit biji betik karang....haaaa

sepa said...

ko senyap2 cuba la petua saintifik tu ha... makan betik ngan bijik2nya sekali. pahit katanya. pas tuh ko masuk dlm semak belukar yg byk nyamuk... ko tadah tangan kat nyamuk2 tuh... :)

Aku said...

Sepa,
ular pun tak jadi patuk kalau gitu punya gaya... mesti pahit giler... bluekss...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com