Tuesday, October 18, 2011

Work Smart.... Energy Conservationist !

.


Salah satu taktik yang licik dalam perlawanan ialah menghabiskan sumber (resources) pihak lawan. Sumber ini termasuklah makanan, keperluan, senjata... dan juga tenaga (energy). Bila sumber habis atau berkurangan, pihak lawan akan lemah.


Banyak cara boleh digunakan. Pintas bekalan, sabotaj dan melewat-lewatkan pertempuran adalah diantaranya. Itu kalau di medan pertempuran. Kalau bukan di medan pertempuran? Di pejabat, misalnya? Di tempat kerja, misalnya?

.......................


Paling menarik kalau nak habiskan sumber pihak lawan ialah bila kita hantar satu, dia terpaksa hantar 5 untuk neutralize threats.


Contohnya: bila ada orang bagi kerja, suruh dia ceritakan dari A-Z berkenaan kerja tu. Lepas tu suruh dia buat satu presentation slide untuk terangkan kepada boss kita pula. Lepas tu buat-buat tak faham dan suruh dia buat briefing lagi, dan ulangi lagi.


Selagi kita tak terima, suruh dia dapatkan approval, jumpa orang itu, jumpa orang ini. Kalau boleh jumpa tok menteri. Bila dia dah penat, baru kita terima.


Tak lama lepas tu, kita jumpa dia balik dan cakap kita ada 10 jenis masalah yang perlu pihak dia tolong selesaikan sebab pemyelesaian itu di pihak lain, bukan kita.  Yang menariknya, kerja tu bukan susah sangat pun sebab kita pernah buat berpuluh-puluh kali tapi nampak susah bagi orang yang tak tau atau tak ada ilmu atau tak pernah buat.






Dalam pada menghabiskan sumber-sumber lawan, kita juga perlu simpan sumber kita. Tenaga kita.

Contohnya: berkonfrontasi secara berdepan bukan satu cara yang bagus. Setiap manusia ada maruah / bangga atau ego (pride). Ketika orang itu bersemuka dengan kita untuk berikan tugas atau cabaran yang getir, jangan terus dibantah. Frontal confrontation akan menghabiskan banyak sumber. Lebih-lebih lagi jika berhadapan dengan boss.


Kalau terus diagah, kita akan habis peluru (bullets) sebab akan berbantah-bantah dengan dia. Kalau boss, lagilah cepat habis sebab perlu diingat, boss bukan sahaja ada peluru tetapi meriam katak dan bom atom. Bukan bijak jika cuba. Selain dari itu, semangat kerja juga menurun. Sakit hati juga. Penat mulut pun sama.


Elok jangan diagah terus. Kita dengar dulu penerangan dia, suruh dia terangkan secara jelas-jelasnya. Lepas tu, minta tempoh untuk study. Biasanya aku akan kata " Okey, let me look at it and I'll get back to you soon...".


Punyalah 'soon' sampaikan sebelum dia sempat duduk di kerusi dia lagi aku dah telefon balik tanya itu-ini, saja nak tunjuk yang kita tengah berusaha keras mengkaji dan cuba mencari penyelesaian.


Kadang-kadang, kita berbantah bila kita rasakan kerja yang dibuat itu spesis kerja bodoh, yang kita dah tau apa akhirnya nanti tetapi mungkin dia tak tahu. Jenuhlah kita berbantah siap dengan hujah-hujahnya sekali. Ahhh...! buang masa dan tenaga.... buang sumber.


Elok kita terima dulu dan kumpulkan peluru. Bila kita jumpa dia semula, kita tunjukkan butir-butir atau data-data yang tak menyokong kerja atau projek tersebut. Tadi kita dah beria-ia membuat kajian dan segalanya, jadi dia akan tahu bahawa nilai (value) peluru kita itu memang berbaloi untuk dia fikirkan 2 kali akan kerja / projek tersebut.




Yang penting, work smart....!

Dalam ibadah jangan gatal nak work smart... kena work hard.





.

8 comments:

cheqna said...

work hard..work smart
kalu study kena study smart....

secangkir madu merah said...

don't work hard but work smart..

Aku said...

Cheqna,
salah satu ciri work smart ialah tonjolkan work hard sebagai topeng.... kakaka




SMM,
betul tu.. work smart boleh conserve energy...

NM02 said...

work hard ke

work smart ke

kawe tetap blogger tegar

aci tak komen ni?

hehehehe

tasekM said...

boss ko baca tak blog ko nih...?

:)




.

Aku said...

NM02,
kawe pung... hahaha




TM,
Kawan2 opis ada baca... bos? baca gak kut...

tak pe la, itu pengajaran untuk dia gak... hahaha

sepa said...

cool. mmg. mmg ada bos yg bangsa asyik nak menyuruh. tp tak tau apa yg dia patut dpt dr apa yg dia suruh. yg pntg dia nak menyuruh itu ini itu ini. utk freshmen ok. yg dramatiknya, bila dia suruh itu ini itu ini dpd org yg experienced. jeng jeng jeng... kan dah kena...!
he3...

Aku said...

Sepa,
tu la.. daripada buluh kasap, kena clear dulu apa yang kita mahu sebelum suruh orang buat keje...

ko jangan bagi keje yag buluh kasap...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com