Thursday, November 17, 2011

Alien invasion...

.

Lokasi: Pantai Cenang, 10.45pm



I got lucky !!!


Dalam banyak-banyak kali aku cuba, sekali sahaja yang aku dapat gambar kilat memancor-mancor tanpa guna 'still foto' atau tripod. Aku cuma letakkan kamera di atas kerusi pantai di bawah lambaian pelepah nyiur yang diselak bayu darat.


Dan lampu-lampu sorot di atas laut itu bukannya lampu-lampu neon yang menyimbahi jalan raya atau jambatan. Itu adalah lampu-lampu sorot pada bot-bot nelayan yang ke laut untuk mencandat sotong.Aku ada terfikir nak ikut mereka tapi memandangkan laut bergelora dan kilat pula suka sangat memancor-mancor pada malam itu, aku batalkan hasrat hati.


Sekali imbas kilat dan awan itu seperti kapal angkasa makhluk asing yang datang menghujani bumi dengan arka-arka panas (hot arc), bertujuan untuk membunuh penduduk bumi. Awan itu adalah kapal induknya.





.

9 comments:

tasekM said...

cantekkkkkk...

aku suka.


.

sepa said...

cantekkkkkk..., jugak

aku suka, jugak.


., jugak.

:)

Aku said...

TM,
Silalah ambil satu buat kenang-kenangan.



Sepa,
-sda-

kakaka

gadisBunga said...

aku jeles!!!!!! pencarian kilat harus diteruskan. aku belum berjaya.

tapi gambo tu - aku suka!!!

Aku said...

GB,
nasib beb, nasib jer tu...
aku slowkan sikit shutter sebab nak ambil suasana malam di laut lepas dengan bot-bot nelayan mencandat sotong, tiba-tiba ada kilat pula memancar...

bila aku tengok balik, aku dapat gambar kilat tu... hehehe

AZANI said...

terbaek

Aku said...

Azani,
macih...

wos said...

hebat.

dan imaginasi ko pun memancor-mancor!
hahahaha..

Aku said...

Ros,
kah kah kah....

Ko nak tau tak, dari kecik lagi aku selalu tengok langit malam-malam. mana tau satu hari aku ternampak UFO... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com