Saturday, November 26, 2011

Dia landing baeekkk punya !

.





Mungkin 2-3 orang yang berselisih dengan aku di depan kedai 7-11 itu berkerut-kerut dahinya apabila melihat aku yang berpusing-pusing mencari posisi yang baik untuk sudut foto yang menarik. Dan ia hanyalah seekor kucing gelandangan !




Aku nak pesan sikit kepada 2-3 orang yang tersengih-sengih melihat aku tadi.

Tak ada bezanya kucing itu dengan kita dari segi kehidupan. Kucing itu gelandangan di siar kaki itu, hidup dengan menumpang teduh di tempat yang bukan miliknya. Ia hanya makan apa yang ditemui atau jika ada yang sudi memberi. Selebihnya, ia hanya baring-baring mengisi masa lapang dengan bertafakur dan memikirkan keindahan segala ciptaan.


Eh, macam mana aku boleh tahu ?



Seperti kita juga, segala-galanya diberi pinjam. Lalu gelandanganlah kita di muka bumi ini. Walau pun ada rumah, ada tanah tetapi semua itu bukan hak milik kekal (walau pun dalam geran ianya tertulis 'freehold' atau hak milik kekal atau tiada sekatan). Kita makan, kita tidur dan baring-baring sambil menonton sinetron Nadia... dan aku geram dengan Cikgu Susan, macam nak digigit-gigit. Dalam 'drama' lain pula, aku memang 'geram' tengok Cikgu Susan itu, macam nak diratah-ratah !


Eh, macam mana aku boleh tahu ?


Aku manusia dan aku pun sama gelandangan di muka bumi ini...

Ada masanya aku berkurap, bernista. Ada masanya aku selongkar longkang dan tong sampah. Ada masanya aku jilat batang ais krim sisa manusia. Ada masanya aku dengar azan dilaungkan sayup-sayup tanpa tahu dimana arah suraunya. Ada masanya aku hanya diamkan diri ketika melihat segala perubahan di depan. Ada masanya pula aku terlalu benci semuanya, termasuk diri sendiri.


Akan ada masanya badan aku akan penyek dan kepala aku meletup dilanggar tayar lori ketika cuba melintas jalan.

... melintas jalan ketika mahu menyeberang dari hidup songsang kepada hidup damai sentosa.







.

11 comments:

gadisBunga™ said...

ko nak gambo kucing lagi? :D

Nizam.Ariff said...

GB,
aku nak gambor kucing kurap... ada tak? kakaka

sudipVSsenduk said...

duluuuu pernah ada 21 eko, suka sangat bau & cium kucing tapi tak suka hidu taik kucing...

Nizam.Ariff said...

Sudip,
aku pun... tak tahan dengan hancing kencing dia... tapi suka sangat dgn gelagatnya.

sepa said...

ko kah yg :
kejap berdiri,
kejap membongkok,
kejap bertenggek,
kejap bersila,
kejap meniarap,

dan kerap2 tertonggek,...?

eh. macam mana aku boleh tahu?


brader, aku syak aksi ko tuh dah ada dlm Youtube... hahahahahaha

aza ni said...

bak sini fil name dia biar aku browse..sepa

aza ni said...

bak sini fil name dia biar aku browse..sepa

sepa said...

azani, sori beb. aku tak nak terlibat dlm konspirasi. :)

dino itu elusif. kan dino.? hehehe...

Nizam.Ariff said...

Sepa,
aku mana boleh masuk youtube... kalau ada bayang-bayang aku, pecah server dia org.. kakaka



Azani,
mana boleh dapat... aku elusif... bak harimau kumbang.

hahaha...



Sepa,
kita sama-sama elusif... itu trademark kita... antisosial... kakaka

Lily Abdullah said...

Sebab tu la aku bela semua kucing gelendangan.

Aku bawa pegi Vet setakat mampu.

Kecing terbuang mengingatkan aku siapa diriku.


Aku meluat tengok orang mengada-ngada beli dan sayang kucing yang nilai lebih sebulan gaji aku.

Nak bela pun memilih-milih. Nak bulu kembang, nak ekor panjang,nak yang comel2.

Yang tepi jalan,dia kuis dengan kaki je.

Eh..sorry ter'emo'.

aku komen ke buat entri ni hahaha!

Nizam.Ariff said...

kak Lily,
setiap kucing perlukan kasih sayang... walau di kandang atau di longkang, sama saja kan kak?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com