Friday, November 4, 2011

Kepercayaan yang tak bertepi... penuh persepsi

.


Di sebuah restoran yang kurang terkenal tetapi penuh sesak dengan pemakan dan peminum, seorang gadis bangun meninggalkan seorang lelaki yang masih menyudukan saki baki makanan.


Gadis itu berjalan menuju ke kaunter bayaran sambil membawa secebis kertas.


" bil saya kawan saya yang bayarkan. saya kena pergi dahulu... " kata gadis itu sambil menoleh kepada lelaki yang makan bersamanya tadi.

Gadis itu tersenyum lalu dibalas dengan lambaian lelaki itu. Penjaga kaunter bayaran mengganguk-angggukkan kepalanya. Gadis itu pun tinggalkan kertas di atas kaunter dan keluar.



Selang beberapa minit...

Lelaki yang makan bersama gadis itu pun bangun meninggalkan mejanya menuju ke kaunter bayaran sambil membawa secebis kertas.

" bayar termasuk gadis tadi kan ? " penjaga kaunter meminta kepastian.

" eh... saya tak kenal dia. saya duduk di meja tu sebab meja lain dah penuh...." balas lelaki itu.

" tapi tadi encik angkat tangan kepadanya ?"

" dia senyum, takkan tak balas. nanti kata sombong pulak "

Penjaga kaunter gelengkan kepalanya. Dia tahu dia telah terkena dengan gadis tadi. Lelaki itu bayar harga makanannya lalu keluar.



[penjaga kaunter itu merasakan gadis itu sungguh jahat kerana menipu]



Lelaki tadi berdiri di lobi restoran tadi. Tidak lama kemudian, sebuah kereta separa mewah berhenti di depan lelaki itu. Setelah pintu dibuka, lelaki itu masuk. Kereta itu terus meluncur laju dipandu oleh gadis tadi.

Penjaga kaunter melihat gelagat pasangan itu dengan perasaan geram.



[penjaga kaunter itu merasa tertipu dan marah dan berpendapat pasangan itu berpakat dalam penipuan itu]




Di dalam kereta separa mewah itu, gadis tadi yang sedang memandu bertanya kepada lelaki tadi.

" dah bayarkan bil makanan saya ? "

" dah.... settle... " balas lelaki itu ringkas.




[... dan sebenarnya, gadis itu tak berniat jahat pun. lelaki  itu yang dajal... ]



Persepsi....





.

12 comments:

Tijah said...

pempuannnnnn jugak yg kena...sobs!

tasekM said...

jahanam eh mamat tu...?


.

jeb said...

kalau lelaki dan perempuan tu berpakat, gua mmg respek habis!!serupa ocean eleven!!

sepa said...

penjaga kaunter tak dak integriti...!

Nizam.Ariff said...

tijah,
lelaki jahat...persepsi lg...haha

Nizam.Ariff said...

tm,
mmg...tp aku tak kenal lak... hahaha

Nizam.Ariff said...

jeb,
kalau aku buat gitu, habislah tema persepsi aku...haha

Nizam.Ariff said...

sepa,
dah ke situ plak? haha

sepa said...

salah ke, brader.?! aku tak nampak ada persepsipun... hahaha...

nih ada satu stori...

ada dua orang mamat. dua2 makan kat kedai makan - (yg jenis eatfirst, paylater jugak). masing2 order sama menu. bila dah habis, satu mamat pindahkan pinggannya ke meja sebelah sambil intai2 penjaga kaunter.
pas tuh dia cakap kat kawan dia. biar aku yg bayar.
dalam kereta, kawannya kata. terima kasih sebab belanja.
dia jawab : tak dak hal punya. aku bayar tuk satu jeh.
kawannya tanya : kenapa.?
dia jawab : saja je...
kawannya tanya : camner ko buat.
dia jawab : aku tunjukkan meja tempat kita makan. kan ada satu jeh set menu...

laaa...

ckLah @xiiinam said...

Selamat Hari Raya Haji Zam....

secangkir madu merah said...

ee tak baik tau buat cam tu...
berdosa tau..







selamat hari raya korban.. korban harta atau nyawa..?



.

Nizam.Ariff said...

Sepa,
sama la tu.. itu pun dajal namanya.... hahaha



Cklah,
Selamat Menyambut Hari Raya Qurban...



SMM,
Korbankan nafsu... perjuangan tu...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com