Monday, November 28, 2011

Koleksi (1) kumbang-kumbang yang baik-baik....

.

Ada yang memberikan fokus kepada bunga-bungaan, seolah-olah peranan kumbang dianak-tirikan dalam gambaran itu. Padahal, apalah bunga jika tiada kumbangnya.



Kagumilah sang kumbang juga...!

Kumbang tak hisap madu (retorik). Yang suka jilat-jilat madu ialah sang lebah (erotik). Kumbang suka mendampingi sang bunga (romantik), kumbang menemani sang bunga agar tak kesepian (romantik).

Sedangkan yang menjadi 'kulprit' atau sesetengah orang mengatakan 'kampret' (sejenis kelawar makan buah) ialah sang lebah. Tapi, oleh kerana kita mendapat madu dari sang lebah, kita menolak keadilan.

Kita sanjung sang lebah kerana madunya, yang boleh dikira sebagai 'rasuah'. Kita suka sang lebah kerana 'kepentingan' kita ada padanya dalam bentuk madu. Kita puji sang lebah yang kononnya bekerja keras untuk terbang dari satu bunga ke satu bunga.

Ingatlah, kumbang itu jujur....



Di pokok cili... bukan di bunganya. Kumbang ikhlas, dia tak pandang bunga...



Aksi jahat sang lebah di Pokok Bunga Burung... sedang jilat-jilat madu dengan rakus! Jarum sengat dah mula terjulur keluar..!



Di bawah daun Bendi... bukan di bunga
 

Di bawah daun kacang panjang... bukan di bunga




.... dan semua pokok-pokok itu bukan di halaman rumah aku.




.

8 comments:

AZANI said...

kumbang baik
lebah yang hisap madu.....


hi hi

apsal bunga anti kumbang, antilah lebah...

Aku said...

Azani,
Lebah punya pasal, kumbang yang busuk namanya...

sepa said...

itu poko cili rupanya...?!

entri ko semalam menatang tuh jugak di pokok cili itu jugak kan.? tengah beromen, kan.?
aku ingatkan pokok bayam...! :)

* selamatla ko, Dino. kalau tak dak Popeye the Sailorman anak beranak sure dah serbu rumah ko...! :p

eh. apsal daunnya terlalu hijo. mgkn terlebih Nitrogen tuh. cili boleh jadi kurang pedas. - pendapatnasihat dari agronomist tak bertuliah... hehehe...

Aku said...

Sepa,
memang tuan punya pokok cili tu rajin membaja... dan memang cilinya tak pedas. aku boleh 'ngap' 2 tangkai dalam sekali suap. sesuai dibuat ulam-ulaman.

Pandai la ko ek?

tasekM said...

oh! canteknya gambor.
nnti aku baca n3 yg aku tertinggal.
sibuk menggunung...

.

Aku said...

TM,
sibuk? awal-awal tahun dah sibuk...
ramai sedara datang bercuti ek?

sepa said...

Dino,
kenapa la si TM tuh sibuk.? ada korban lembu ke.? :)

*lembu bukannya dah di kondominium... hehehe...

Aku said...

Sepa,
Syahrijat kata dia tak nak komen pasal NFC masa perhimpunan agong nanti... aku pun tak nak komen mendahului dia lak... kakaka

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com