Wednesday, November 16, 2011

Laut biru kerana langit biru... katanya

.







Ataukah langit biru sebab laut yang biru?


Sebab langit tak ada warna. Langit adalah ruang kosong tempat awan putih dan kelabu bermain-main rintik hujan. Selepas itu, langit ada sesuatu yang menyeramkan. Kekosongan yang total. Hampagas. Walau ada debu debris dan ribut kosmik.


Ataukah laut biru sebab langit yang biru?

Sebab air tak ada warna walau ada bau. Air jernih. Walau kedalamannya menapis cahaya sehingga gelap yang total.



Habis itu, mana datangnya biru laut dan biru langit?


Ia datangnya dari cahaya matahari.... jika gelap matahari itu, tiada warna yang kelihatan lagi. Kecuali warna hitam yang menandakan kegelapan yang total.







.

11 comments:

kucingorengemok said...

aku suka warna biru & oren... jadi peribadi aku unsur langit ke unsur matahari?

Aku said...

KOG,
unsur langit petang nak ke maghrib. Tapi kalau ikutkan jadual unsur-unsur kimia, unsur kamu jenis yang ada radioaktif... hahaha

AZANI said...

ron
biru warna siapa?

awan nan biru???
tak boleh lagi pakai frasa ni....


warna biru laut?

payah nak dipastikan


ada yang kata ini semua perspsi yang dilihat dari mata manusia...warna ebenarnya???


macam ada saudara tu kata semuanya mainan cahaya, bila tiada cahaya semuanya hitam...

apa betul ke prof?

yg ingin tahu

tasekM said...

betul la tu.
mmg dr cahaya matahari.
tapi.
kenapa biru?
dan bukannya pink...



.

Aku said...

Azani,
benar... mata kita menipu kita selama ini... kenyataan yang mengejutkan hati.


TM,
Cahaya matahari tak ada warna pink kut... hahaha

cheqna said...

cheqna suka kaler biru
romantik gitu orangyer...hehehehe

Aku said...

cheqna,
ya, warna biru dikaitkan dengan sifat romantik... tak tau kenapa. kenapa tak warna pink ek?

sepa said...

aku ada cadangan yg benar bernas untuk tasekM...

memula ko ambik video laut. pastu ko filterkan segala warna selain biru.

pastu ko mainkan kat tv, sambil guna cermin mata yg lensa pink. nescaya segala apa yg ko nampak adalah pink belaka...


kahkahkah...

boleh pakai tak cadangan aku, tuan punya blog...???!!!

Aku said...

Sepa,
kalau ikut subjek fizik sub-subjek optik sub-sub-subjek dichromatic ray, warna biru kalau dengan warna pink akan jadi warna syilake... tak caya cuba.

kalau diguna polarised filter pula akan nampak seolah-olah ada awek gendut tengah menari gelek... tak caye cuba.

kakaka

hairul392 said...

pembiasan cahaya yang menyebabkan biru..

Aku said...

Dak Ai,
betul... biasan cahaya putih matahari.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com