Thursday, November 24, 2011

Merentas masa... maka datanglah masalah...

.

Malam tadi (baca: last night), aku tertonton Disc. Channel kisah lubang cacing (baca: wormhole). Aku tak kisah sangat dah pasal lubang cacing tu sebab maklumat boleh didapati merata-rata. Aku cuma tertarik kepada Stephen Hawking yang telah lumpuh begitu tapi masih mampu berfikir. DIa bukan idola aku tapi aku hormati semangatnya untuk terus hidup dan berfikir. Sungguh tinggi semangatnya.




Salah satu buku karangan Stephen Hawking



Kemudian, ceritanya mula berkisah tentang Merentasi Masa (baca: time travel). Itu pun biasa sebab dah ada wayang yang bercerita tentang 'Back to the Future' lewat tahun 80an lagi. Dah basi.


Berkenaan paradoks yang menjadikan 'Back to the Past' sesuatu yang mustahil pun kita dah sedia maklum. Ya lah, bayangkan kalau aku tahun 2011 pulang ke tahun 2000 dan aku bunuh diri aku versi tahun 2000 itu. Bermakna, kalau aku dah mati tahun 2000, aku tak wujud pada tahun 2011. Persoalannya, siapakah yang bunuh aku pada 2000 ? Tapi itu pun tak penting dalam entri ini.



Yang ini aku ada terfikir:

Dia kata, kalau kita berada di dalam satu pesawat yang bergerak pada 90% daripada kelajuan cahaya, 1 jam di dalam pesawat sebenarnya adalah 2 jam di luar pesawat (baca: bumi). Kalau pesawat terus bergerak laju pada 99% kelajuan cahaya, 1 hari di dalam pesawat bersamaan 1 tahun di luar pesawat (baca: bumi).


Dengan kata lain, kalau pesawat itu berlepas dari bumi pada kelajuan 99% kelajuan cahaya dan pulang semula setahun kemudian, penumpang-penumpang di dalam pesawat itu hanya merasakan mereka pergi 1 hari sahaja  sedangkan kita yang di bumi merasakan mereka pergi selama 1 tahun !

Bermaksud, penumpang itu telah pergi ke masa hadapan ! Mereka berjalan selama sehari tetapi hakikatnya mereka telah berjalan selama setahun.


Aku tak kata yang di atas itu ada kaitan dengan perumpamaan 1 hari di akhirat bersamaan dengan 1000 tahun di bumi. Aku suka fizik tetapi aku bukan arif tentang itu dan tak ada cara nak ukur pun.



Cuma...

Kalaulah 99% sudah memberikan perbezaan setahun berbanding sehari, bayangkanlah kalau bergerak pada 99.9999% kelajuan cahaya.

Cahaya bersifat duelan (baca: duality), ia bersifat gelombang elektromagnet dan ia juga bersifat zarah (fizik 101). Dan zarah cahaya digelar foton.

Bayangkan, foton yang bergerak pada 100% kelajuan cahaya, sejauh manakah dia telah merentasi masa?









.

12 comments:

tasekM said...

kalau 99/100 x Z = 365 maka Z = 368.7 so kalau bergerak pada 99.99% kelajuan cahaya, beza dlm 3 hari je la kot...?

wos said...

komplikated sungguh entry ni.
(baca: aku yg malas nak mengira:)

Aku said...

TM,
hmmm.. errrrr... hmmmm...
aku rasa bukan 3 hari.. tapi 3 tahun... cer kira semula.



Ros,
alaaa... ko ambik bau je dulu. esok2 datanglah nafsu nak membaca... hahaha

hani@debumelukut said...

you have got a point there..fening tak pasal2 nih,

Aku said...

Hani,
kadangkala seronok juga nak tau perkara-perkara yang tak tahu macam ni.. sekali sekala... kalau hari-hari memang pening kepala... hahaha

AZANI said...

aku masih ngira...jawapan nya kau nak berapa titik perpukuhan...?


kah kah...macam bagusje aku...

gadisBunga said...

yg sebenornya ko nak pegi balik tahun bile ni? ada bende tak setel eh? :D

sepa said...

E equal to M by C square. E=mc2.
E itu tenaga kan.?
m itu jisim kan.?
c itu laju cahaya kan.?

kejap aku nak pikir.

kalau ko ubah2kan c, sedang E kekal. lama2 ko akan kecik2kan m.

jika kita kecik2kan m sepraktikal mungkin, dan mgkn bolehbenar. maka benarlah juga 1 hari di akhirat bersamaan dengan 1000 tahun di bumi.

dengan syarat, akhirat dan bumi memiliki nilai m tersendiri.
seperti juga graviti di bumi tak sama ngan graviti di bulan.

ok. kalau nak terbang selaju 99% kelajuan cahaya...
errr... lain kali la sambung... hehehe...

Aku said...

Azani,
cukup setakat 5 titik perpuluhan.. kalau boleh.. kakakaa



GB,
aku nak balik seminit sebelum setiap kali aku buat keputusan yang bodoh... amacam?

kalau aku ada mesin tu, ko nak satu tak? hahaha



Sepa,
alaaa.. senang citer gini la...
kalau ko nak menjadi selaju cahaya, jisim ko perlu sekecil yang mungkin.. tapi tak boleh 0 (kosong) sebab nanti kelajuan ko jadi infiniti...

sebab itu kalau aku fana di dunia ini, jumpalah aku di dalam cahaya yang mutlak....

kata-kata Chasiman... hahaha

sepa said...

aku dah pening.
kalau kita nak terbang selaju cahaya, pesawat kita mestilah terbang tanpa rintangan. untuk tak dak rintangan, ruang mesti tak dak satu apapun.

kejap. yg plg kecil selepas electron, positron kan.? bukan ke quark yg lebih kecil.?

bermakna ruang tuh pun mesti tak dak positron atau quark. susah tuh, ruang semacam tuh mana nak cari.? oya, mgkn ruang mimpi sbb ruang tuh berada dlm alamnya tersendiri...

bertambah pening dah nih...

jd kalau kita ke masa depan atau ke masa lampau, hanya boleh kita yg dlm keadaan cahaya.

tapi...

ahh... udah le brader. layan mimpi lg best, kan.? hehehe...

ibundo said...

Kalau pesawat jalan gostan?
adei.. kau selalu buat kepala hotak aku serabut lah..

Aku said...

Sepa,
Positron bukan lebih kecil dari electron.

positron adalah 'positive electron'. jisim sama berat cuma cas berbeza. quarks tu yeng kecik-kecik. Gluons, muons, meson, Higgs-boson.... termasuk quarks seumpama 'soup' tenaga yang berada dalam satu atom. Yang penting, mereka adalah tenaga...

nantilah aku tulis dalam next entri...'



Kakpah,
errr... kalau pesawat gostan, itu yang back to future kot... kakaka.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com