Monday, November 21, 2011

Mimpi tentang Android...

.

Bukan.
Aku bukan bermimpi nak beli handphone. Aku bukan techno-savvy yang pantang ada gajet baru habis semua nak dibeli. Ini tentang mimpi aku malam tadi...



Lokasi: di simpang jalan masuk ke kampung aku yang berlatarbelakangkan sawah padi.
Watak: adik-beradik aku, kawan-kawan pejabat seorang dua.




Entah macam mana, sawah padi yang hijau kerana usia padi baru sebulan itu tiba-tiba menjadi sebuah lapangan terbang yang besar. Satu petang itu, ketika aku dan abang-abang aku sedang lepak di perhentian bas di hujung jalan masuk kampung aku dengan tak semena-mena, telinga aku terdengar bunyi bingit yang lain daripada bunyi enjin jet yang biasa. Aku nampak ada sebuah pesawat yang amat BESAR hendak berlepas. Kalah A380. Mungkin 3 kali ganda lebih besar. Aku kagum melihat pesawat yang besar begitu. Masa itu aku bayangkan betapa besarnya enjin yang perlu digunakan.


Semasa dia melintasi aku, ketika tayar-tayarnya baru melepaskan landasan, aku sempat baca beberapa perkataan yang tertulis pada badan pesawat itu. Aku tak faham kerana tulisannya seperti tulisan Rusia. Aku rasa itu pesawat spesis Antonov yang digunakan untuk terbangkan kapal angkasa Buran dalam misi ujian cuma ianya lebih besar.


Ketika pesawat itu mendongak untuk menambah altitud, aku gerun dengan bunyi deruman enjinnya yang amat besar. Seperti nak kiamat.

Kemudian aku rasakan ada sesuatu yang tak kena. Aku lihat pesawat itu mendongak (stiff climb) terlalu tegak (attack angle yang besar) dan aku risau pesawat itu akan stalled.


Memang benar. Enjinnya itu tak mampu menujah muatan pesawat itu lalu pesawat itu berpusing ke kanan sebelum seolah-olah mahu mendarat cemas. Malangnya, ia tak sempat. Ia dah stalled lalu pesawat yang besar itu menjunam ke bumi.


Aku terpegun. Pesawat itu terus menghentam landasan dengan muncungnya. Aku tak mampu nak lari kerana pesawat itu sangat besar walau pun jarak kami (aku dan abang-abang aku) kira-kira 1/2 km dari landasan itu. Syukur, pesawat itu remuk secara menegak.

Tak juga.

Tak lama kemudian, pesawat itu meletup lalu menerbangkan bahagian tengah (fiuslaj) pesawat itu. Letupan itu sangat besar sehingga menerbang beberapa kotak kargo sebesar lori. Dan salah satunya menuju ke arah kami.

Abang aku sempat meniarap manakala aku sempat mengelak. Salah satu kargo itu berselisih dengan kami kira-kira 10 kaki saja sebelum menghentam sebatang pokok Pelam Putih (sekarang pokok pelam itu dan tinggal tunggul sahaja).

Kami pun buka kargo itu dan kami dapati ada seorang lelaki di dalamnya. Kargo itu penuh dengan alat-alat sains. Baru aku tahu bahawa pesawat itu membawa peralatan saintifik yang sungguh canggih.

Dan lelaki itu sebenar bukan manusia tetapi sejenis robot yang masih dalam eksperimen pihak Rusia. Top Secret. Dengan kata lain, pesawat itu membawa bahan ekperimen kerajaan Rusia.

Aku dudukkan robot yang berbadan manusia itu dipangkal pokok pelam. Kami ikatkan badannya pada batang pokok itu. Kemudian, kami tempeleng beberapa kali. Robot itu tersedar. Robot itu mengucapkan sesuatu. Pada mulanya kami tak faham. Setelah beberapa perkataan yang robot itu ucap kami tak faham akhirnya ia bertutur dalam Bahasa Melayu !


Mungkin mikro-prosesor bahasanya masih berfungsi dengan baik. Kami tanyakan soalan-soalan biasa: siapa, dari mana, apa kamu buat ...


Anehnya, dia tak dapat jawab soalan. Dari apa yang dia tuturkan, aku buat kesimpulan yang pemikiran robot itu tak lebih daripada budak berusia 2 tahun. Ia tak jawab soalan kami tetapi ia yang bertanya lebih. Tanya: itu apa, ini apa... macam baru nak kenal benda-benda sekelliling.


Kemudian aku tarik salah seorang abang aku ke tepi. Aku katakan padanya, robot itu pada peringkat 'infant'. Maknanya, robot itu sepatutnya dilepaskan dikalangan manusia untuk belajar sama seperti kanak-kanak lain. Kemudian, sedikit demi sedikit robot itu akan membina neuro-logiknya dan akhirnya akan berfikir seperti manusia. Robot itu sejenis Cyborg!


Tak lama selepas itu, ada beberapa buah helikopter berterbangan mencari kotak-kotak kargo. Salah satu helikopter itu terbang menuju ke arah kami. Robot itu memandang wajah aku kemudian sesuatu yang diluar jangkaan pun berlaku.

" Tolong saya...", itu katanya. Aku terkejut. Kenapa ia perlu takut dengan pemiliknya?


Namun serta-merta sifat perikemanusiaan aku timbul lalu aku lepaskan ikatan itu. Kami dan robot itu pun berlari untuk menyorok di celah-celah semak dan pokok pisang.

Misi kami seterusnya, menyelongkar misteri eksperimen pihak Rusia itu dengan pertolongan robot itu. Dalam hati, aku berniat untuk menjadikan robot itu seperti manusia yang baik dan bukan seperti askar pembunuh upahan..!




Dan aku terjaga... jam 6.30am.




.

11 comments:

@xiiinam said...

Rakan pejabat tu, kenal tak dengan adik beradik kau di tepi sawah tu?



Selalu keliru dengan hubungan watak2 yang muncul dalam mimpi ckLah...:D

sepa said...

gud moninx...

Aku said...

cklah,
tak... rakan sepejabat tu iras-iras robot jer... aku tak tau la kenapa watak2 dalam mimpi aku biasanya abang-abang aku.



Sepa,
gud morning too...

tasekM said...

robot pompuan le tu...

:p





.

AZANI said...

ini kalau buat sedutan macam kecubung ok gak...

Aku said...

TM,
weh.. jantan la... sikit punya ketul-ketul badan dia. kalau robot pompuan, aku tak tempeleng. aku bagi CPR jer... keh keh keh




Azani,
kalau aku masukkan watak cyborg macam ok gak ek..?

ibundo said...

kalau kau bukukan mimpi-mimpi kau ni, boleh jadi bestseller ni..

Aku said...

Kakpah,
ada juga hasrat nak buat satu blog khas untuk himpunan mimpi-mimpi tapi malas pulak nak maintain...

wos said...

siyot.

berdebar-debar aku membaca entry ni.
hujung-hujung mimpi jer....

kemain jugak imaginasi ko yer bang?

Aku said...

Ros,
weh.. kemana ko pergi?

dah awal-awal aku dah kata mimpi .. hahaha

wos said...

ha'ah kan?
perenggan yg atas sekali ko dah bg tau ko mimpi.

maknanya aku yg terbawak2 emosi membayangkan pesawat tu tegak la.. terhempas la.. pecah berkecai la..

dah ujong2 baru aku sedar balik yg ko mimpi je.

mahapkan aku.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com