Sunday, November 20, 2011

O-Shima Cafe di Alam Sentral, S. Alam...

.

Aku diperkenalkan dengan restoran @ cafe ini setelah aku lihat entri di blog ini...
Tak sangka pula O-Shima Cafe  ada di Shah Alam.






Cerita tentang O-Shima ini bukan baru bagi aku. Mula-mula aku jejak kaki ke Shah Alam 15 tahun dulu. O-Shima di seksyen 26, Shah Alam. Ketika itu operatornya memang orang Jepun. Itulah restoran Jepun pertama yang aku jejak, setelah diperkenalkan oleh orang-orang Jepun (expatriate). Orang Jepun ni walau di mana pun mereka berada, pasti akan promote jenama mereka.

Sejak itu, kalau aku teringin nak hirup Miso Soup dan Tempura, aku akan ke situ. Malah, itulah juga restoran Jepun pertama aku perkenalkan kepada anak aku. Aku suruh anak makan Unagi (belut) konon-kononnya untuk ubat lelah dia. Sejak itulah anak aku suka Unagi. Kalau pergi mana-mana restoran Jepun, dia akan minta Unagi.

Kemudian, cerita O-Shima di seksyen 26 itu lenyap dari dalam ingatan aku untuk beberapa tahun. Dan mulai itulah aku mula tercari-cari restoran Jepun yang halal.

Tapi satu perkara yang aku masih belum puas hati... aku tak dapat rasai kesedapan Miso Soup dimana-mana restoran Jepun (di Malaysia) yang menyamai O-Shima. Cinta pertama memang payah nak dilupai.



Akhirnya.... rindu aku kepada Miso Soup O-Shima terlunas.


Santai sambil menikmati Miso Soup... perghh!



Aku dapat tahu O-Shima telah dibeli oleh orang Melayu kita. Dan lebih menarik lagi, ia ada di Shah alam!  O-Shima Cafe ini betul-betul di hadapan pintu masuk Alam Sentral. Bergaya santai dikelilingi lanskap, aku boleh makan dengan rileks sambil usha awek-awek lalu lalang dari SACC Mall ke Alam Sentral.


Yang panjang2 tu rebung, sayur tu pula ialah Seaweed (ada 2 jenis)...



Aku makan ramen yang ini. Tukang masaknya baik hati, mee dia memang banyak. Mulanya aku cuma nak makan 'ringan' sebelum aku nak bedal yang berat-berat tapi bila aku habiskan semangkuk, perut aku dah penuh. Kenyang sungguh. Anak aku makan Unagi seperti kegemarannya dan Mama pula ramen yang lain. Mama tak mampu nak habiskan kerana banyak.



Dan satu yang aku puji tentang O-Shina Cafe ini selain daripada ramen dan set bento ialah Miso Soup. Bila aku hirup sup itu, serta-merta kenangan aku menikmati Miso Soup di O-Shima dulu kembali. 






.

12 comments:

tasekM said...

aku tgk benda hitam melengkor2 dlm mangkuk tu pun dah ada rasa nk demam dah...



.

Aku said...

TM,
perghh.. itulah penyedapnya. bila kunyah, terasa seperti ditepi pantai laut sejuk bersalji.. burung camar berterbangan... ketam menari2... tiram menyanyi2....

sepa said...

arigato san, aku suka sashimi...

jeb said...

lama gila gua tak pergi alam sentral..tak tau pun benda ni wujud kat alam sentral..

lu orang shah alam ke?mungkin kita pernah berselisih bahu..gua dok 18.

Aku said...

Sepa,
Ohaiyo gozaimasse...


Jeb,
hari-hari selisih bahu...
gua dok kat bontot gua... hahaha

@xiiinam said...

"Opo kuwi?" Embahku mesti akan cakap macam tu kalau nampak...


:D

Aku said...

Cklah,
hahaha.... prasangka tu letaknya di pangkalan hati-hati. ia pertahanan diri semulajadi. ada masanya aku pun tanya macam tu... lebih-lebih lagi kalau makanan yg pelik2.

kucingorengemok said...

ese tak sompek bermain-main di taman siang tadi... tapi nak kasi link ni- https://www.facebook.com/oshimarestaurant
sapa takde fb account kalau takleh tengok nasib lah

Aku said...

KOG,
sejak bila cakap N9 ni?
acc. FB aku dah habis tempoh la...
Jom minum miso soup... best..

azree said...

Selain oshima ni, ada ke restoran jepun halal lain bro?

azree said...

Ada restoran jepun lain yg halal tak bro selain ni?

Aku said...

Azree,
Selain O-Shima, Sushi King tertentu juga halal (bergantung kepada tuan operator franchise tu, bukan semua).

Kebanyakkan restoran Jepun menjadi tak halal disebabkan penggunaan Rice Wine dalam pra-penyediaan makananan...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com