Wednesday, November 2, 2011

Kamu itu yang gila.....

.

Di sebuah bandar besar metropolitan, di tepi jalan 2 lorong, di siar-kaki deretan kompleks beli-dan-blah, di sebuah kerusi awam dan di hadapan sana ada beberapa batang pokok yang lebat daunnya.


Seorang lelaki berbaju kot hitam, bercermin mata hitam dan berseluar, juga, hitam. Kasutnya? Kasut kulit berjenama Bailey berwarna cokelat ke hitaman. Lelaki itu berkemeja putih bersih dan bertali leher merah. Potongan rambutnya kemas. Susuk badannya juga kemas dan berumur dalam lingkungan 30-an. Pada tangannya ada senaskhah suratkhabar. Seolah-olah segala duniawi melekat padanya.


Tapi aku bukan nak cerita tentang lelaki itu.
Aku nak cerita tentang seorang lelaki di sebelahnya.


Tidak jauh dari dia, ada seorang lelaki tua yang pakaian putihnya telah kusam dengan bekas-bekas 'watermark' kekuningan, berselipar getah yang mereput seperti reputan separa hayat isotop-isotop Molibdenum dan Iodin. Berambut panjang paras bahu dan berkopiah tenum warna hitam. Berseluar panjang kelabu yang ada sedikit jahitan kedua di kelangkangan akibat benang yang telah retas. Orang tua itu tak meminta-minta. DIa tak kacau orang lalu lalang.


Lelaki tua itu hanya duduk sambil memerhatikan sekeliling:- burung-burung berenang, pucuk-pucuk muda berguguran ditiup angin, kucing mengejar anjing, tikus mengejar kucing.


Dia juga memerhatikan manusia yang lalu-lalang:- anak memarahi ibu yang sedang memakan aiskrim dengan selekeh, isteri memarahi suami yang berbelanja lebih.


Dia juga melihat ke langit: bas dan lori sampah yang melayang lalu hinggap di pucuk pokok, teksi-teksi awam dan sewa khas yang terbang lalu hinggap di puncak-puncak bangunan, tren dan keretapi yang bergerak ke atas dan ke bawah membawa penumpang naik dan turun bangunan pencakar langit.



" Dunia ini gila... " keluh lelaki tua itu.


Keluhannya didengari oleh lelaki muda dan tampan seperti AeronN tapi bukan. Jelas bukan.

" Awak yang gila... " kata lelaki muda sambil menuding telunjuknya kepada kepala lelaki tua itu.


" bukan...! Awak itu yang gila ... ! " balas lelaki tua itu. Lelaki muda itu tersentak sedikit.




Kemudian, kedua-duanya melihat diri masing-masing. Lihat pakaian masing-masing. Kemudian pula, mereka lihat segala di sekeliling. Kesimpulannya, segala-galanya adalah songsang. Segala-galanya adalah terbalik.



Kemudian, lelaki tua itu tersenyum kepada lelaki muda sambil berbisik...

" kamu itu yang sudah gila..."


Lelaki muda itu terkedu. Tak terkata apa-apa.







.

11 comments:

cheqna said...

dan skang cheqna rasa cheqna pun dah macam weng jugak...=)

Aku said...

cheqna,
jom kita sama-sama weng.. hahahaha

sepa said...

"isotop-isotop Molibdenum dan Iodin" pun terlibat gak ke...?

hehehe...

aku agak lelaki muda tuh gila kan...?

tasekM said...

dalam cerita ni aku syak semua la yg gila...

:p



.

Aku said...

Sepa,
isotop-isotop pun ikut mereput... semuanya mengikut aliran entropi menaik...

Yup... DUnia Songsang... Dunia Gila...

Yang betul dikata salah, yang salah dikata betul

Yang otak betul dikata gila, yang otak mereng dikata bijak..!!!

cilanat..!

Aku said...

TM,
konklusi yang adil....

semua kena...

kakakaka.......

buah kedondong said...

napa aku rasa aku tengok ko, aku rasa dua-dua gila eh?

Aku said...

BK,
aku ngan ko sama-sama giler?
eh.. ye la.. kakakaka

AZANI said...

sawan tu masuk gila juga kan....

so include aku sekali...

ibundo said...

biarlah korang jer yang gila. aku tak..

Aku said...

Azani,
welcome aboard.... hahahaa



Kakpah,
Kak, dalam dunia sekarang ini orang gila adalah orang yang lebih selamat diakhirat kelak... jom join jadi gila.. keh keh keh

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com