Tuesday, November 22, 2011

Tom Yam merah di Panmour Villa , seks 20 Shah Alam

.

Kadangkala aku mencari tom-yam seperti mencari duit yang hilang. Aku kata, kadang-kadang. Yakni apabila sampai seru nak bertom-yam tiba-tiba tekak terasa nak hirup kuah yang masam-masam. Kadang-kadang aku pun terasa yang sama terhadap tempoyak. Ada masa-masanya.


Aku tak berapa pasti sangat tapi kalau tak silap selama aku hidup ini, aku jumpa 2 jenis tom-yam: satu yang kuahnya putih jernih dan satu lagi yang kuahnya merah-merah macam gulai asam pedas. Ada orang kata warna kuah tom-yam itu menandakan daerah asal resepi tersebut di Thailand. Sama seperti resepi kari yang pedas dan yang berpudina di India.


Aku kurang gemar tom-yam jenis kuah jernih yang banyak 'sampah sarap' batang serai, bawang besar, cili... jenis yang kena main 'baaa-chak!' dengan udang dan serpihan tubuh sotong. Tom-yam jernih yang kadang-kadang terasa sup lembu walau aku pesan tom-yam seafood.



Dan di Panmour Villa ini, tom-yamnya jenis kuah warna merah. Kuah yang pekat dan menyengat !






Aku suka tom-yam yang itu sebab rasa pedas, masam dan manis seimbang dengan pes yang aku rasa tukang masak itu buat sendiri. Aku tak nampak tukang masak itu buat tapi dari serdak-serdak kuah tersebut, aku dapat rasakan kesegaran setiap ramuan. Oh ya, semestinya ada 'Daun  Kumbang' yang menjadi tangkal peluntur nikmat kepada orang ini dan mungkin juga orang ini.



Yang menarik juga, selain daripada daging ikan (tanpa tulang) dan kerang-kerangan, ia juga menggunakan cendawan. Aku dapati ada sekurang-kurangnya 2 jenis cendawan. Satu cendawan butang dan satu lagi aku tak tau namanya, jadi aku panggil ia cendawan 'kepala ko&@' sebab bentuknya macam kepala %&#@.






Yang penting, aku tak perlu main 'baaa..chak !' dengan batang serai dan bawang besar yang menimbun... yang lebih batang dari isi seafood. Aku boleh hirup terus sebab semua serai, lengkuas dan entah apa-apa lagi itu dah menjadi pes yang halus.


Sekarang ini kalau aku nak hirup kuah tom-yam yang jernih atau yang merah, aku tau mana aku nak pergi.







.

20 comments:

AZANI said...

kalau kantan aku bedal sampai habis, kalu serai , aku buang kulit liar sampai 4-5 lapis, lepas tu aku kunyah...bhagian tengah nya macam umbut...

aku tak tak pasti daun kumbang, aku rasa kalau jumpa ku bedal je, sebab tak tahu rupanya camana...

hi hihi

Aku said...

Azani,
aku syak ko spesis sang buaya jantan... semuanya ko bedal... kakaka.

weh.. tapi ada orang kata, orang pompuan tak elok makan bunga kantan. betul ke?

NM02 said...

mmg susah nak dapat tomyam yg betul2 menyengat... kat area umh ai tu, tukang masak yg buat sedap mmg selera tekak kami dah berenti pulak... huh!

Aku said...

NM02,
dia dapat offer lagi baek la tu...ada kawan kata tukang masak tomyam ni kalau betul-betul meletup, gajinya pun meletup-letup juga... 4-5 ribu gak sebulan.

tasekM said...

cendawan apa...?
suka suki bg nama eh...?


:p



.

Aku said...

TM,
mana aku tau nama cendawan tu. macam cendawan tak kembang je.. berkudup... aku rasa cendawan tak sunat.. keh keh keh

sepa said...

tomyam seafood rasa cam sup lembu.?! lembu-laut kot.!... :p

Aku said...

Sepa,
ke singa laut? lembu laut belum pernah jumpa lagi...

aku syak dia guna air rebusan tulang lembu sbg perisa tambahan la... tak best jadinyer...

littlehumblelynn said...

aku peminat tomyam tegar

ada few tomyam yg kena dgn tekak---yang mmg recommended di Tanjung Seafood- Ampang waterfront/bangkok house-cozy corner..

mmg wat teringat2

cheqna said...

teringat tom yam yang dimakan masa kat perlis hari tu
sedapnya ya allah....

Aku said...

Lynn,
tu yang jenis merah atau yang jenis sup putih ek?




cheqna,
kat perlis tu mungkin orang siam yang buat kut..

secangkir madu merah said...

aku pon suka makan tom yam... kalau malam2 cam ni tambah2 musim hujan ni lagi best kan? aku suka yg warna gelap dan menyengat..

bunga kantan tak elok utk pempuan? siapa kata? aku kalau makan laksa aku suka makan bunga kantan tu..

ASH said...

doa makan jangan lupa, nanti makan tak kenyang...sebab makhluk lain singgah sekali!

.
.
.
rasa lama pula aku tak singgah..
agak agak kenal lagi tak?

ASH said...

ooopppss...lupa pula nak bagi salam,
assalamualaikum....
.
.
.
ishhh ishhh

Aku said...

SMM,
kakak ipar sulung aku pesan (dia dapat pesan dari emak yg mungkin dari emak kepada emak) bahawa bunga kantan tak baik untuk pompuan. aku syak efeknya mungkin sama macam pompuan makan ibu kunyit sebagai ulam... rahim kecut? jarangkan anak? entahlah...

Aku said...

Ashley,
ini.. errr... ini Kak Ashley kan? KEH KEH KEH....

Waalaikumussalam, Hajjah.

Selamat menjejakkan kaki ke bumi kelahiran ini.

gadisBunga said...

daun kumbang itulah yang aku gilakan tau~

Aku said...

GB,
aku belum sanggup nak gigit. setakat biar dia berenang dalam sup tak apa lagi...

wos said...

aku pun sangat membenci daun kumbang.

sumpah aku benci!

*rajin betul kau apdet blog weh.. tak terkejar aku nak membacanya. maklumlah, aku kan kerani yg sibuk.*

Aku said...

Ros,
Aku suka bau kumbang... errr.. tapi aku bukan gay taw!

kakaka....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com