Saturday, December 31, 2011

2011 > 2012 Jam hayat tak pernah berhenti dari berdetik: sebuah komentar jiwa

.

Haih! Berat sungguh...


Aku dapat rasakan bahawa Tahun 2012 adalah tahun yang sangat-sangat mencabar. Detik-detik pun berlalu seperti berlalunya kisah-kisah lalu, seperti hilangnya tik-tok-tik-tok saat di jam dinding rumah aku ni.


Kalaulah... aku kata, kalaulah aku boleh tarik semula jarum saat itu kembali ke beberapa saat sebelum setiap perkara 'bodoh' yang aku buat, alangkah bagusnya. Tapi, itulah dia... masa tak akan kembali. Ia tercipta dan dari mula terciptanya masa, ia tak pernah mungkir untuk terus berdetik walau pun bateri jam dinding aku telah habis kuasanya. Bila aku isikan bateri yang baharu, aku terpaksa pusing jarum jam itu untuk mengejar saat, minit dan jam yang tertinggal.


Jam hayat tak pernah berhenti dari berdetik...!


Dan setiap detik, satu perkara baru akan terjadi. Setiap saat dan mikro saat pun, perkara baharu akan berlaku. Kalaulah... aku kata, kalaulah aku boleh hentikan masa barang sekejap untuk aku fikirkan masak-masak, semasak-masaknya siap dengan rempah tumis dan cili merah berbelah untuk hiasan, kemudian baru aku lepaskan detik itu untuk berdetik, alangkah bagusnya.


Namun segala yang terjadi telah pun terjadi. Segala yang belum terjadi telah pun tertulis. nak buat macam mana? Mohon ampun sahajalah...



Ada ahli ilmu (alim) berkata, semuanya telah ditakdirkan. Perkara yang buruk dan perkara yang baik semuanya telah tertulis. Akhir yang buruk dan akhir yang baik semuanya telah termaktub dalam Loh Mahfuz. Perkara kejadian yang telah, sedang dan akan terjadi kepada aku semuanya telah tertulis dalam kitab aku bila mana roh aku ditiupkan ke tubuh duniawi yang fana ini. Jadi, yang termaktub dalam tulisan itu tetap akan terjadi.


Ada ilmuwan lain pula mengatakan tak berlaku takdir itu sehingga ianya telah ditakdirkan berlaku (yang aku rasa ini dari perspektif manusia). Maknanya, masih ada ruang untuk kita meminta agar takdir yang baik-baik sahaja. Dengan kata lain, takdir itu boleh diubah dengan berdoa. Berdoalah memohon pertolongan Tuhan.


Tapi, bukankah semuanya telah ditakdirkan? Bukankah aksi berdoa itu sendiri sudah ditakdirkan dalam buku aku bahwa pada sekian haribulan dan sekian masa dan sekian tempat, aku akan berdoa untuk memohon pertimbangan? Dan permohonan aku itu dipertimbangkan.



Sebenarnya, aku tak tahu apa yang akan berlaku. Aku bukan pemuda yang dianugerahkan nikmat Kasyaf. Aku bukan pemuda yang sering menerima bisikan ilham. Dalam banyak-banyak hal, aku mungkin merasakan ianya sesuatu yang 'miracle', sesuatu yang ajaib sedangkan perkara tersebut telah pun tertulis dan bukanlah ajaib pada sisi Tuhan.


Tuhan Maha Kuasa dan Maha Mengetahui.

Aku serahkan sahajalah kepadaMu.






.

12 comments:

sindiketsulit said...

....sambungan

aku prefer buku kot. aku kan remaja purba.

aku dah email alamat aku.

tengkiu abam nijam (:

Nizam.Ariff said...

Wos,
ok... aku tgk email.

Selamat menyelami 2011 dan selamat menempuh 2012 pula.


Wehhh.. bila nak bukak ruang komen dalam blog ko ni?

Tangan aku dah gatal nak komen dalam blog ko...

sindiketsulit said...

nanti2 la kot.
aku dpt bayangkan dah betapa sibuknya aku di tahun 2012.
sebelum aku dichop berlagak-tak-jwb-komen. baik aku tutup dulu.

ko takde fesbuk ke bang?
boleh ko komen kat sana.

Nizam.Ariff said...

Wos,
Aku dah tutup FB.
Lagi banyak masa aku habis kat sana tu....

Sama-samalah kita sebok ek tahun 2012 ni.... elok gak. orang lain sibuk nak cari kerja. kita dah ada banyak kerja ni, sepatutnya bersyukur.... kan?

tasekM said...

aku..

2011: semak.
2012: rasa2nya makin semak.

heh.


.

Nizam.Ariff said...

TM,
Tak pa.. sabar..
sikit lagi Kecubung datang membantu...

Kecubung kalau dicampur dgn Racun, mustajab untuk jiwa-jiwa resah macam ko..

tasekM said...

aku tak resah la heh.
aku semak.


.

Nizam.Ariff said...

TM,
Haaa.. lagi elok.. Racun rumput tu bagi mati segala semak... keh keh keh

Alaa.. ko semakkan diri sendiri. diri ko gak yang merana... lainlah kalau ko memang suka hidup dalam sengsara, suka torture diri sendiri.. macam aku...
aku suka torture jiwa aku sendiri.... hidup dalam mimpi yg aku buat sendiri....

tasekM said...

aku tak suka.
tapi itu juga yg aku nk kena redah.

heh.


.

Nizam.Ariff said...

TM,
Takde nyer..
itu memang ko nakkan dalam fikiran ko.. ko yang benarkan.

aku hidup dalam semak pun lama gak.. sampaikan aku kalau tak semak, aku tak boleh buat puisi.. ko bayangkan!

lagi semak jiwa aku, lagi banyak idea aku .... hahaha

sepa said...

...ko tgk crite 2012, tak.?!

diaorg kata, world ends tahun nih.!

Nizam.Ariff said...

Sepa,
Nasa menafikanya....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com