Saturday, December 17, 2011

Ghost Protocol : Mission Immmmmposssible....

.


Baru balik dari menonton MI4: Ghost Protocol.

Memang 'mencreeet' kalau duduk di barisan hadapan! Apakan daya, tu sahaja kerusi yang kosong walau pun panggung tu buka 2 teater serentak.







Aku dah tanam hasrat awal-awal lagi, kalau pinggang aku lenguh atau leher aku memulas, aku akan duduk berselunjur di bawah saja. Atau pun, aku berbaring terus. Apa ada hal... orang bukan perasan aku pun. Mata dia orang tengok skrin besar di depan.


Yang aku perasan, Mission Impossible lewat kebelakangan 2 filem ini, misinya dah bersifat kompleks. Aku tengok dah macam nak gaya-gaya James Bond pula. Dah main peluru-peluru. Dan mula main nuklear-nuklear.


Gadjet dahsyat tu memang trademark, tapi kereta pun dah mula main yang mahal-mahal... dah canggih-manggih walau pun di India. Aksi pun memang semuanya jenis 'impossible' yang hanya agen 007 mampu melakukannya.


Sedangkan Bond pula dah kembali ke bumi nyata. Hero 2 filem kebelakang lebih muskulin dan boleh cedera dan terpaksa bersusah-payah. Dah gaya macam agen komando.


Bond dan Mission Impossible seperti dua alam yang bertentangan arus. Satu ke langit tinggi, satu kembali ke bumi.






.

6 comments:

Nizam.Ariff said...

first!





.

ckLah @xiiinam said...

Second...

Hehe

tasekM said...

kalau aku tak tgk la kalau seat depan tu.....
sakit tengkuk!




.

Nizam.Ariff said...

Cklah,
tahniah! tahniah! Dah bebas dari belengu?





TM,
Nak buat macam mana, dah penuh.... aku tak suka tunda2 kalau dah nak tengok.... ya, aku gelojoh! kakaka...

sepa said...

brader, gambar atas tuh... bila masa pulak ko tukar.?! macam dlm criter 'Shutter Island'

Nizam.Ariff said...

Sepa,
aku tukar sebab nak kasi Gadis Bunga gelisah sebab aku berjaya ambil foto kilat, dia belum lagi... hahaha

eh, ko cuba lah ambik gambar kilat memancar...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com