Monday, December 5, 2011

Kekili cinta

.


imej: clker.com ..... (bukan celaker.com)















... lalu musim gelora cinta pun melanda
ribut sengsara rontaan jiwa
ombak gulung
angin kencang melafazkan kata-kata
dalam dada:
cinta itu milik aku... milik aku!!!


Parah, rebah dalam diri sendiri
menanti hari
gelora cinta pasti,
datangnya aku nanti
rindu menggunung tinggi
bunuhlah aku jika kamu masih
ingin menyeksa aku
dengan pancing cintamu

Akulah si toman yang hidup di dasar
menanti umpan cintamu bermain dimuka air
Aku berkata lagi: pasti aku sambar... pasti!!!

Lalu hujan pun turun, menadah kolam resah
menanti umpan cinta ditarik kekili.





.

7 comments:

tasekM said...

biasaaaaaa ni main anak panah.

Aku said...

TM,
hujan.. elok main panah memanah...

AZANI said...

he he....senyum.......

sepa said...

panah jeh bang. biar kena kera. oya, jgn terkena punai dah. hehehe...

Aku said...

Azani,
;), lu tak nak hantar panah?




Sepa,
ooo.. itu amat bahaya...

gadisBunga said...

aku masih tak dapat rasa nasi noreng toman special kat tasik chini tau!

Aku said...

GB,
Hah? Ada ke? Aku tak pernah dengar pulak ada nasi goreng toman.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com