Tuesday, December 13, 2011

Kutangkap awan menjadi sepan mandi aku di waktu pagi... dan malam pula kupintal ia menjadi selimutku

.

Gunung dilapisi awan putih. Gunung diselimuti awan putih. Gunung dihujani air. Gunung muncul dari balik kabus.

Atau...

Kabus dibelah gunung. Kabus bertingkat.

Ianya seperti sepan putih yang lembut untuk menyental badan aku. Ia umpama kapas putih yang gebu untuk menghangatkan tubuh aku yang telanjang. Tubuh aku yang ditelanjangi minda-minda jahat yang mencemburui dan memfitnah aku dengan cinta asyikin, cinta sakinah.







Bayangkanlah, kalau aku berumah di atas gunung itu, aku tak payah mandi. Bangun pagi, buka tuala lepas tu lari sekeliling rumah sambil tangan didepakan... biar rintik-rintik air di dalam awan membasuh daki-daki semangat yang berkarat, yang telah melekat selama 30 tahun .. errr.. lebih sikit.

Ya, 30 tahun lebih kurang... tak lebih tapi mungkin kurang sikit... errr... dalam julat-julat tu juga lah. Tak jauh sangat pun.







.

14 comments:

Water Lily said...

Mandi wajib dan sunat?

Aku said...

Kak Lily,
Wuiihhh... jauhnya imaginasi... hahaha

gadisBunga said...

kalau boleh berenang dalam awan tu lagi bagus!

tasekM said...

gunung mana ni?

sepa said...

Tiap2 hari lepas mandi petang, Mun akan pinjam motor kengkawan. Keliling kampus.
Satu hari aku tanya : apsal ko hari2 keliling kampus.
Dia jawab : nak keringkan rambut... itu 16 17 tahun yg lalu...

hahaha

@xiiinam said...

Fuh....mandi berspankan awan...
Nyamannnnn....

AZANI said...

bro, kalau nak buat pastikan takda juru gambar....nanti naya...

Aku said...

GB,
wuihh.. laaaagilah tinggi imaginasi... aku pun tak terfikir nak berenang dalam awan tu... hahaha




TM,
entahlah... tak tau nama dia tapi di sempadan Ulu Bernam dan Tg Malim. Jom mandi awan? ko kena berkemban la... takut sepah bulan tak sanggup tengok karang... tau sepah bulan tak nih? hahaha



Sepa,
Bukan ke rambut dia tersedia tercacak? kalau panjang, aku boleh percaya gak cakap dia tu...



Cklah,
Kalau tengok awan kumulus nimbus tu geraaammmm jer... macam sepan, kan?




Azani,
Kalau ada pun tak kisahlah.. sebab awan tebal juga menjadi tabir mandi aku.. kakaka

tasekM said...

ngape pulak aku tak tau sepah bulan.
tau benor.
ko tau tak nih..?

kih kih.



.

Aku said...

TM,
Sepah bulan tu bukan ke spesis macam siput babi kehilangan 'rumah'nya?


pssstt.. org kata menatang sepah bulan tu pernah jadi ramuan ikan dalam sos tomato yang ditinkan.... betul ke?

keh keh keh ...

jangan muntah!!!!!!

tasekM said...

siput babi?

kakaka....

bukanlah!

sepah bulan tu ulat gonggok!





.

Aku said...

TM,
Ooo.... yg tu lintah bulan kan?

sepa said...

sebab rambut cacak la dia tak pernah lap...
ko perasan tak masa dia join sepak raga bulatan, dia tak pernah tanduk bolaraga - takut rambut patah katanya.!!! hehehe

Aku said...

Sepa,
Ahh..! Dia tu.. tanduk bola pun pakai kepala lutut...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com