Wednesday, December 21, 2011

Nasib baik tak guna logo Dacing Biru...

.


Aku masih terfikir bagaimana mereka boleh gunakan pembukusan (packaging) yang sama untuk pelbagai jenis produk yang dikategorikan sebagai barangan Kedai Rakyat. Yang membezakan produk-produk yang dibungkus hanyalah nama produk yang ditulis pada pembungkusnya.


Lihatlah foto pada entry sebelum ini (di bawah tu), serbuk minuman cokelat dan susu tepung dibungkus dengan bungkusan yang hampir-hampir sama. Yang membezakan antara keduanya hanya perkataan yang dituliskan.


Mungkin pembukusan cara begitu akan mengurangkan kos pembungkusan, yakni tak perlu guna 'dakwat kekal' warna warni, tak perlu model-model Drama TV mahu pun filem, tak perlu wajah ceria kanak-kanak, tak perlu nak berlari-lari sekeliling stadium atau lompat galah untuk tunjukkan 'Sihat wal -Afiat'. Ya lah, tak perlu bersaing dari segi pembungkusan dan iklan-iklan 'ngeri' yang tercetak padanya.


Hanya letak satu logo, sudah cukup. Competitive Advantage hanya pada harga. Bagus.

Cuba lihat yang ini pula...







Masih dengan cara pembukusan yang sama cuma kali ini dia orang guna plastik jenis lutcahaya (transparent). Jadi, kita boleh 'intai' sama ada dalam bungkusan itu tepung atau serbuk sabun basuk. Tak tertukar. Bagus.


Kenapa bungkusan serbuk minuman cokelat dan susu tepung (foto entry sebelum ini) tak boleh diintai produk di dalamnya?



Dan, menggunakan logo 1Malaysia sebagai jenama produk (walaupun hanya dari segi pembungkusan) masih lagi bagus. Setidak-tidaknya, ianya tak seperti Baja Padi Subsidi dan beberapa barangan subsidi lainnya seperti benih padi yang menggunakan logo Dacing Biru...


Apa akan jadi kalau logo 1Malaysia itu digantikan dengan logo Dacing Biru pada semua produk dalam kategori Kedai Rakyat 1Malaysia?







.

11 comments:

kucingorengemok said...

kedai ni memang untuk seluruh rakyat malaysia ye, hatta golongan profesional? bukan market untuk 'orang susah' je? ini bukan soalan kategori interlok, memang aku tak tau

kucingorengemok said...

kedai ni memang untuk seluruh rakyat malaysia ye, hatta golongan profesional? bukan market untuk 'orang susah' je? ini bukan soalan kategori interlok, memang aku tak tau

kucingorengemok said...

yay... aku buat aksi tak sabar pagi² hari klik banyak² kali :D

jeb said...

saya amat berterima kasih kepada kerajaan pimpinan DS Najib. dengan adanya KR1M ini, keluarga saya kini boleh berjimat sebanyak mungkin.

sepa said...

brader,

sbnrnya aku tak nampak pun komersial strategi...

yg aku nampak, satu adaptasi dlm criter Musang Berjanggut...

*cer ko tanya KR1M tuh, kalau bg 1 karung pestik, dan RM10, boleh tak dia bg beras, garam, gula, teh, bawangmerah, bawangputih dan cengkih&cengkih untuk seminggu ration... ala seperti dlm criter Musang Berjanggut...

aku berfikiran positif, bang...!

oya, bila la diorg nak buat kat Miri.?

aza ni said...

agaknya sama konsep macam penjenamaan yang di buat oleh tesco, econsave....aku agklah...bro...cer citer , ko lagi pakar..

Nizam.Ariff said...

KOG,
Wahhh... ko lagi cepat dari aku. Aku pun baru bukak ni ha... sibuk sikit.

Aku ingatkan KR1M ni untuk golongan susah macam aku jer tapi dia tak mintak IC atau isi borang EPF masa nak beli pun. Aku rasa, ia untuk semua tapi kalau kat tengah2 kondo dan banglow tu aku rasa dia tak buat la kut...



jeb,
errr.... ko org politik ke? Kakakaka




Sepa,
kalau gitu, baik dia buat makanan sejukbeku... dah siap2 buat, tinggal panaskan...

Jadi, aku rasa KR1M perlu jadikan megi mee dan cintan sebagai barangan tu juga sebab itulah makanan ruji org2 bujang di tenagh2 bulan... amacam? aku pun positif gak nih...





Azani,
Yup, dia buat pembungkusan dan penjenamaan semula sama macam tesco dan giant... biasanya hanya sesuai untuk barang2 asas yang margin tak tinggi. Tak sesuai untuk value added atau mewah sebab itu lebih untuk golongan yang mahukan kelainan, kualiti etc...which brand name menjadi perkara pokok...

kalau tak caya, cubalah suruh Pak Najib buat handbag jenama 1Malaysia... kakaka

ASH said...

masa sopping sopping situ ada jumpa orang bawa handbag birkin?

Nizam.Ariff said...

Ashley,
tak perasan lak...
lagi pun aku tak pandai tgk handbag... hahaha

sindiketsulit said...

apa akan jd? tak jd beli kot?

Nizam.Ariff said...

Wos,
ko nak beli? aku tak nak. nanti ingat putera umno....kakaka

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com