Saturday, December 10, 2011

Persepsi yang songsang waktunya...

.


"Mama, kalau kita nak jenguk Ariff malam ni, kita kena keluar dari rumah ni selepas Maghrib", kataku sambil menyumbat beberapa helai baju dan seluar ke dalam beg perang yang muat-muat geladak barangan di ruang penumpang di dalam kapal terbang AirAsia.


"Mama, kita kena ada di atas lebuh raya ELITE sebelum pukul 9.00pm", tambah aku lagi sambil memilih-milih ubat-ubat yang perlu dibawa bersama-sama sebagai persediaan, seperti paracetamol, ubat selsema dan beberapa jenis dadah sintetik lagi. Ganja bukan dadah sintetik, ia adalah dadah jenis organik dan tak disembur racun kerana ia sendiri mengeluarkan racun. Sihatkah ganja? Tak pernah dikelaskan sebagai makanan sihat walau pun ianya organik.


Biarpun beberapa kali aku beritahu Mama, dia tetap dengan gaya kesungguhan tahap minimum. Dia masih belenggang-lengguk ke sana ke mari, kejap-kejap ke dapur, kejap-kejap hilang lagi kerana menyidai kain baju yang baru di pusing-kering. Seperti tiada keperluan untuk tergesa-gesa.


Aku jeran.

"Mamaaa...!!?".


Mama berhenti di ruang tamu, tak jauh dari aku yang sedang duduk sambil mengemaskan beg kamera dslr yang baterinya perlu dicaskan semula jika aku mahu ambil wajah bulan yang gerhana malam nanti.


"Cepatlah! Nanti jalan sesak. Ramai yang balik kampung malam ni sebab Isnin cuti", aku terangkan teori yang aku bina dalam kotak fikiran ber IQ tinggi ini.


"Selangor saja yang cuti. Negeri lain tak cuti pun", balas Mama selamba sebelum menghilang di balik langsir bilik.


Memang benar. Malam tadi, walau pun kenderaan banyak, jalan tak sesak. kereta aku masih boleh bergerak lancar kecuali ketika sampai di Nilai.


"Ramai yang nak pergi PD agaknya", kata aku.

Sebaik melepasi simpang Labu/Seremban, kenderaan masih banyak.


"Memang sah dia orang nak bercuti di PD ni..", kata aku lagi, cuba mengukuhkan teori aku tadi.


Selepas Senawang, kereta masih 'lebat' di lebuh raya. Selepas Pedas pun sama 'lebatnya'. Sehingga di simpang Alor Gajah pun kenderaan belum 'reda'.


"Hmmm... banyaklah yang bercuti ke PD ek?", Mama 'membunuh' teori aku tadi.


'Ceit!', kata aku... dalam hati saja. Aku perlu terima kekalahan itu dengan dada yang membuka dan terbuka. Lagi pun, dada aku dan apa-apa yang muncul dari dalamnya memang untuk Mama. Ambillah, Mama... ambillah. Dan berikan pula apa-apa yang ada dan apa-apa yang muncul dari dalam dada Mama kepada aku pula.






.

5 comments:

Lynn Abd Latib said...

nak tumpang gelak aci?

hahahhaha..

selalunya isteri yang lebih kelam kabut..suami relax..skrg sudah terbalik kot!!

Nizam.Ariff said...

Lynn,
Mestilah aku kelam kabut sebab aku yang oandu kereta. Kalaulah sesak jalan raya tu, lenguhlah kaki aku menahan brek... hahaha

tasekM said...

ni komen tak de kaitan.

dasyat ko punya rabun eh...?
keh keh.



.

Nizam.Ariff said...

TM,
gua berpandangan jauh.... kakaka

sepa said...

hahahahahaaaaa...!

ko memang daboooom... :)

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com