Thursday, December 22, 2011

Segala-galanya menjadi kabur....

.


Aku merasa sungguh leceh kalau aku hidup dalam kekaburan. Kekaburan bukan kerana mata tetapi kekaburan dari segi perkara-perkara yang masih dalam tanda tanya. Contohnya? Kejap... errmm... tak boleh bagi contoh kerana ia juga kabur.







Pernah cuba tekan urat leher (di kanan dan kiri) selama beberapa saat?


Dulu, selalu juga aku tekan urat darah yang menuju ke otak itu TANPA menekan batang tengkorok atau trakea.


Aku dapati, aku akan sukar bernafas WALAU PUN saluran pernafasan aku tak ditekan atau disekat. Walau puas aku sedut nafas dalam-dalam dan hembuskan tetapi masih terasa tak puas. Aku macam tak bernafas pun. Aku masih 'kelaparan oksigen'.


Tekan beberapa saat lagi, pemandangan aku menjadi kabur. Sebaik sahaja aku lepaskan urat-urat darah itu, aku akan tercungap-cungap seperti lemas. Pelik sungguh.



Tetapi AWAS!

Jangan dicuba TANPA pengawasan doktor dan belum menulis wasiat. Jika berlaku kematian, aku tak akan bertanggungjawab.  

Reader's Discretion Advised.





.

15 comments:

AZANI said...

ini kot sleeper hold yg di amalkan dalam WWE

ibundo said...

satu hari aku tengok ikan dalam kolam aku tercungap-cungap... lepas tu mati. Ikan kap lagi tu. Berat dah dekat sekilo. Meroyan aku jap.

urat dia tertekan e..

tasekM said...

aku nak tanya juga.

contohnya...?







ok.
aku mmg degil.

:p


.

buah kedondong said...

Aku nak komen gambo je, cantik!
Nak komen tulisan, aku tak mampu nak baca, kepala berat...

jeb said...

aku pernah try masa sekolah rendah dulu.rasa macam pengsan sekejap. sekarang ni aku buat tak jadi dah.mungkin sebab lemak banyak sangat..kahkahkah

Aku said...

Azani,
sleeper hold tu bukan kat pelipis ke?



Kakpah,
bukan urat ikan tu yang tertekan tapi urat kakpah la... hahaha



TM,
Contohnya, kekaburan sama ada PAS masih releven mempertahankan Islam di Malaysia... amacam? jelas tak?



BK,
kepala berat tu pun kira tertekan juga...




jeb,
mungkin juga sebab lemak tu... hahaha aku pun dah lama tak buat, mungkin sebab lemak gak..

AZANI said...

oh kat pelipis ye...
patutla aku buat tak jadi.....

Aku said...

Azani,
ko bergelut dengan sape tu? kakakaka....

sudipVSsenduk said...

sebelum mata menjadi kabur & terkatup, saya isi borang utk pembahagian harta yg tak seberapa utk anak2 minggu lalu.

Aku said...

Sudip,
sungguh berpandangan jauh... merancang masa depan. aku belum ada harta yang boleh dibahagi-bahagikan lagi...

sepa said...

kabur.memang kabur, brader.

*semuanya kabur. :p

Aku said...

Sepa,
kalau ko fokus lama-lama kat kekaburan, lama-lama semakin jelas....

fokus, bro... hahaha

gadisBunga said...

nak try jugak. tunjuk cara bergambar boleh? heheh~

Aku said...

GB,
sapa nak jadi model...?

Aku tak cukup hensem la... hahaha

Aku said...

GB,
ko fokus kat satu benda.. kat belakang ada banyak lampu jauh2
bila dah jadi, ko crop yng lampu jauh2 tu jer...


keh keh keh

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com